Khamis, Februari 26

Kembara ke bumi Siam | Dari Krabi ke Phuket ke Krabi Part 2

Pagi-pagi sebelum check out dari Koh Kwang Seaview (hotel ganti sebab hotel yang kami booked tu dah penuh) ambik gambar dulu. Rupanya hotel kami ni betul-betul tepi laut. Ni kat Khlong Muang Beach ni. Malam-malam mana le nampak tepi laut ke apa kan. 


Selasa, Februari 24

Kembara ke bumi Siam | Dari Selangor - Krabi Part 1

Cuti-cuti sekeluarga pada kali ini agak special sebab akan melancong ke bumi Thailand bukan dengan menaiki flight tetapi dengan menaiki kereta sendiri. Sesaje tanya hubby nak ke mana cuti Raya Cina ni. Hubby cakap nak gi Krabi dengan kereta. Mulanya saya agak takut-takut juga nak masuk Thailand ni. Saya pun booked hotel di Studio Khlong Muang, Krabi. Hotel di Ao Nang kebanyakkannya dah fully booked. Tinggal yang mahal-mahal ajer. 

Rabu, Februari 18

Dari Selangor ke Krabi

Selamat bercuti panjang ye. Kat sekolah Dania ada yang dah cuti awal-awal lagi. Insyaallah pada lewat malam ini, kami akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam dan jika takde aral, esok pagi kami akan bertolak ke Krabi. 

Ni first time ni nak pergi Krabi menaiki kereta sendiri. Insyaallah saya akan share pengalaman ke Krabi menaiki kereta. ;) 

Passport check
Geran kereta check
Takaful Kembara check
Insurance kereta Etiqa buat penambahan ke Thailand check
Minyak Isi penuh check
Reload Touch N Go check 
Print out booking confirmation hotel Krabi check

Moga selamat perjalanan pergi dan balik kami nanti. Amin......

Khamis, Februari 12

Konsep Inggeris? Fella mungkin solusinya.....

Sekarang ni Fella tengah ada sale untuk Tahun Baru Cina. Saya ajak la hubby gi tengok2 kat Fella Design Damansara lepas selesai beli spare part kereta kat kedai spare part ni Jalan Ipoh. Letak kat waze Fella Damansara tapi waze bawa kami ke Fella Selayang. 

Ni barisan wing chair yang ada discount. Rumah saya ada 1 wing chair. Ingat nak tukar sarung wing chair tu dan nak padankan dengan satu wing chair ni. 


Saya suka juga sofa dark purple ni. Dipadankan dengan kusyen corak jalur. 


Kombinasi warna purple dan putih sangat cantik. 


Ni keseluruhan ruang kat sini. Mix and match warna purple dan putih. 


Set meja makan ni saya tak berapa berkenan sebab fabrik bunga yang meriah sangat. Kalau bunga sikit-sikit lagi cantik. Lagipun saya suka kalau kayu ni berwarna putih. 


Cantik kerusi ni macam kerusi princess. Ada 1 ajer kat sini. Harga sebuah kerusi ni sampai RM999? Mahalnya. 


Kalau yang tengah cari konsep apa untuk rumah anda, ni ada contoh konsep klasik inggeris untuk rujukan. Cantik pulak earth colour ni. Saya sekarang suka tona warna tanah. Nampak tenang je. Lampu tu sangat cantik kalau letak kat ruang tamu. 


Warna olive green ni pun saya suka. 


Ni kombinasi warna hijau dan putih pula. 


Design sofa macam ni pun saya suka. Kalau tak nak warna hijau ni boleh ajer tempah warna fabric pilihan kita cuma harganya tak sama dengan harga display. 


Ada juga sofa yang diletakkan di bawah kanopi. Ni betul2 harga murah. 


Sofa hijau berbunga. 


Survey kat Fella bukan hanya di cawangan Selayang tapi juga di Fella Bukit Subang. Fella kat sini HQ. 3 tingkat tu. Lagi banyak perabot kat sini. Cantiknya sofa merah gelap ni. Kusyen juga tak sarat dengan bunga yang besar. 


Sape yang suka munge sana munge sini boleh la pilih set ni. Saya suka juga bunga tapi tak nak lah terlalu banyak bunga pulak. 


Sofa ni berharga RM5699 


Saya suka katil ni. Ingat nak beli katil King dan katil Queen kami sekarang bagi kat Dania. Dania kata besar sangat la katil ummi sebab now Dania tidur kat katil Super Single warna putih Ikea tu. 


Kombinasi warna hitam dan perang ni cantik juga. Ada 4 tona perang kat sini. 


Warna purple idaman kalbu :-)


Tak beli apa-apa pun. Tengok-tengok ajer apa yang menarik. 27 Feb 2015 ada warehouse sale Fella Design. Masa tu boleh datang survey lagi. :-)

Selasa, Februari 10

Otak burung unta lebih kecil dari matanya

Minggu lepas hari ahad kami ada ke Ostrich Wonderland yang terletak di Semenyih. Dania pernah ke sini mengikuti rombongan sekolah tahun lepas. Nak masuk ke sini kena ikut jalan kampung di Sg Lalang. 

Kawasan ni yang ada 3 ekor burung unta ni tempat bagi mereka nak merasai pengalaman naik atas burung unta. Dania pernah naik atas burung unta ni. Sebelum naik, mata burung unta ni kena tutup sebab Dania kata burung unta ni takut manusia. Kemudian kita kena pegang bulu pelepah burung unta ni. 


Banyak sungguh burung unta kat sini. 


Close up sikit burung unta ni. 


Ada juga monyet kat sini. Asal kita dekat je monyet ni buat akal2 kutip daun2 kat situ. 


Dania naik atas telur burung unta. Staf kat situ claim telur tu tak pecah dan boleh tahan berat sehingga 200 kg tapi dengan syarat tak boleh jatuh atas telur ni lah.  


Telur ni berharga RM50 seketul ya....


Hubby naik....sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........telur ni pecah. Alkisahnya ni telur tembelang (telur dah busuk). Errr hubby lebih 200 kg ke? I is confuse. Hehehehe.......bau telur ni tak la sebusuk telur ayam. Staff perempuan kat situ dah cuak dah sebab dia claim telur ni boleh tahan sehingga 200 kg kan....dan hubby masa naik atas telur ni pun tak jatuh. 


Hubby terpaksa membasuh telur busuk tu. Habis le seluar tu. 


Ada juga ayam jenis berbulu kerinting. Cute pulak nampaknya. 


Ayam ni tak cukup zat ke apa ni?...



Ayam jantan putih-putih warnanya. 


Ni burung unta tengah berehat sambil menyudu makanan ke dalam mulutnya. Masa saya pergi US ramai saya nampak makan drumstick besar-besar tu. Rupanya kat sana terkenal dengan drumstick burung unta.  


Kiri kanan kandang burung unta. Dania dah tak berani dekat sebab takut kena patuk. 


Kuda padi tengah makan. 


Ayam lagi. 


Angsa ni saya tak berani dekat sebab angsa ni garang. 


Arnab yang memang dilepas begitu sahaja. 


Pen bulu burung unta ni sebatang RM18 ya. 


Saya beli telur ayam kampung ni dengan harga 70 sen sebiji. 


Ni ada banner Ostrich Wonderland ni. 


Overall saya rasa lawatan ke sini bagai kat mini zoo. Kalau yang berani tu boleh cuba naik burung unta. 

Ahad, Februari 8

Apakah impian anda untuk anak anda?

Kita pasti ada impian masa depan buat anak-anak kita. Saya teringat semasa anak saya Dania kecil lagi ketika itu 3 tahun, saya nak anak saya mahir dalam berbahasa inggeris jadi saya daftarkannya ke kelas bahasa inggeris. Harganya tak la terlalu murah tapi demi untuk menjadikan anak saya fasih berbahasa inggeris, saya berkorban wang dan masa. Masa perjalanan dari rumah ke kelas Dania di Bangsar adalah 45 minit. Hari pertama pergi kelas tu Dania meronta-ronta sambil menjerit-jerit memanggil saya dan nak saya berada di sisinya. 

Saya masih bersabar. 2-3 kali membawanya ke kelas yang sama setiap minggu itulah Dania saya. Masih menjerit-jerit seperti selalu. Akhirnya, setelah beberapa lama, penantian saya berakhir. Dania semakin minat untuk ke kelas tersebut. Malahan kini lebih bersemangat. Tak sia-sia setiap minggu saya menunggunya selama 1 jam 30 minit di kelas tersebut. Guru kelas Dania memberikan feedback bahawa Dania seakan guru cilik kerana seringkali menyuruh kawan sekelas senyap apabila membuat bising dan bahasa inggeris Dania semakin baik ditambah 'english accents'. 

Anak saya Dania yang memakai tiara duduk sebelah Kokoro dan dua lagi teman sekelasnya

Saya percaya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Harapan saya semoga anak-anak kita ingat pengorbanan ibu bapa mereka ya. Kat sini saya nak kongsikan video yang bagi saya sangat menyentuh hati. 


Ha....memang touching video ni. Harapan ayah dalam video ni adalah supaya anak perempuannya dapat hidup selesa dan gembira. Kalau tanya harapan saya #DreamForMyChild saya berharap Dania dapat menggapai impiannya untuk menjadi seorang pakar pergigian. 

Sekarang ni AmMetLife ada mengadakan kempen #DreamForMyChild bagi mendengar impian ibu bapa terhadap anak mereka. Bukan hanya kita dapat berkongsi impian kita terhadap anak kita tetapi juga kita berpeluang untuk memenangi IPad Air 2 setiap minggu yang dimuatkan dengan aplikasi pendidikan menarik. Kempen ini berlangsung dari 27 Januari 2015 sehingga 3 April 2015, sebanyak 10 IPad untuk dimenangi. 

Nak tahu AmMetLife web link?. Ok.....layari http://www.dreamformychild.com/my/bahasa 

Saya pasti anda semua ada impian anda untuk anak anda kan?. Jadi....apakah impian anda untuk anak anda?. Jom kongsikan. 

Khamis, Februari 5

Kerna dia kawan saya......


Print screen dari link

Baru-baru ni saya ada post di blog kisah kawan saya kehilangan anak kerana terjatuh dari balkoni rumah. Rupanya ada masuk dalam Utusan Malaysia baru-baru ini. 

Part yang sangat detail di perenggan ketiga tu saya rasa tak payah la ditulis begitu detail. Cukuplah sekadar kecederaan teruk di bahagian kepala.  Nak tulis kat sini pun saya tak sanggup. 

Yang saya musykil tu cerita selepas pembantu rumah membiarkan anak kecil ini tidur bersendirian di rumah padahal pembantu rumah dan kedua ibu bapanya takde kat rumah. 

Apa pun....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga kawan saya Nazim dan keluarganya tabah menghadapi ujian yang berat ini. 

Al Fatihah buat si kecil Hadif. Syurga tempatmu nak!!!