Isnin, September 29

Shopping itu terapi.....no??....yes??

Hari sabtu baru ni teman hubby dan geng surau pergi tengok lembu untuk dibuat korban surau berdekatan dengan rumah kami. Saya saje nak berjalan sebenarnya. Hehehe. Nak tengok lembu tu area Pedas, Negeri Sembilan. Entry kemudian la ye. Since kami kat Negeri Sembilan, saya teringat ada HQ Pearl Haya kat sini. Lepas ajer solat Asar teruslah mencari Pearl Haya. Rupa-rupanya area berdekatan dengan Masjid tu juga. Dulu masa jalan-jalan kat Senawang ni, saya tak tau pun Pearl Haya dekat jer dengan masjid. 

Kebetulan ada sale selama 3 hari bermula hari jumaat. Wahhhh terus excited tetiba. Hubby tak masuk Pearl Haya ni pada mulanya tapi just jenjalan area sekitar sini. Bila hubby masuk tunggu beberapa lama pun si isteri tak siap lagi memilih tudung. Hubby saya pun keluar dan pergi jenjalan lagi area berdekatan. Yang geng ngan saya Dania la. Saya pilih la sehelai Little Haya buat Dania. 


Ni lah Little Haya Dania corak kumbang Ladybird. Saya suruh Dania pilih nak yang mana dia kata ummi rasa? Hmmm ummi jugaklah yang pilih tudung Dania. Little Haya pun ada sale 30%. Suka suka suka. 

Saya pun cuma ambil sehelai. Kat sini banyak choice Little Haya berbanding di branch Shah Alam. Niat di hati nak ambik 2 helai untuk saya punya tapi disebabkan labuh tak mencapai spesifikasi, terpaksa saya lupakan niat. Time saya pilih tudung boleh pulak Dania komen....ummi tudung ni sweet la....bla bla bla. Ni Dania posing kat kedai yang hubby daftar Altel. Eh.....Altel bukan senang nak cari yer....kebetulan kedai ni ada. Senang la nak bawa kalau travel dalam Malaysia. 


Anak anda pun boleh jadi bintang Dugrostar !!!

Anak anda ada bakat menari, menyanyi, bermain alat muzik atau bakat-bakat yang lain? Haaaa......inilah peluang baik nak ketengahkan bakat Dugrostar anak anda.

Syarat - syarat penyertaan adalah seperti berikut :

- Rakyat Malaysia
- Si manja anda berumur 3 - 10 tahun
- Ada persembahan video bakat anda anda di dalam nyanyian, tarian, bermain alat muzik atau bakat-bakat yang lain. 
- Video solo ataupun berkumpulan yang tidak lebih dari 6 orang
- Video yang dirakam tidak lebih dari 3 bulan sebelum tarikh pendaftaran. 

Cara nak mengambil bahagian : 

- Isi borang online.
- Melalui siri jelajah terpilih seluruh Malaysia di mana rakaman boleh dibuat di Gerai Rakaman Dugrostar.
- Menyerahkan borang penyertaan beserta rakaman persembahan melalui pos dan menghantarnya ke alamat yang dinyatakan di dalam borang permohonan. 

Ok...bila syarat-syarat semua dah dipenuhi jom kita tengok macamana cara nak mendaftar secara online.

Click website ini kemudian akan keluar borang pendaftaran macam ni. Isikan butiran yang diminta. 


Masukkan kod rujukan video sebagai HH0019 sebagai tanda anda masuk peraduan ini melalui link di blog saya :-) 

Ingat kod rujukan video ini.......HH0019

lepas tu click "hantar"

Senang ajer.....


Untuk keterangan lanjut, layari www.dugrostar.com.my Anak anda pun boleh jadi bintang Dugrostar macam Dania. 




"Be A Dugrostar"

Serlahkan bakat anak anda hari ini. Masa tak menunggu kita ya. Tarikh tutup sebelum 
12 Oktober 2014. Jangan hantar last minute nanti terlupa tarikh. Takut gigit jari je nanti. 

Rabu, September 24

I-City bagaikan taman tema magikal

Magikal? Biar betul.....ya betul...kalau tak percaya boleh tengok gambar-gambar dalam entry ini terutama waktu malam :-) 

Setibanya saya dan anak saya Dania kat sini, ambik gambar dulu Fun Drive. Kat dalam tu nanti Dania akan cuba naik kereta.


Isnin, September 22

Si cantik manis Miss XES Elegant 2014 / 2015

Teruja juga bila pertama kali dapat ke majlis memperkenalkan duta baru XES. Lepas pick up kereta kat workshop terus melaju ke Shah Alam. Majlis bertempat di XES Premium Glenmarie. Pusing 2-3 kali juga sekali bila saya berhenti satu kawasan tu, aikkkk XES seberang jalan ajer jadinya terus la cari parking. 


Berwarna-warni beg yang diperagakan di XES. Mata tertumpu pada beg yang berwarna merah tu. 


Since cuti sekolah, saya angkut sekali Dania. Dania teruja tengok koleksi kasut kanak-kanak kat sini. Tengok la nanti apa yang Dania pilih untuk koleksi kasutnya. 


Banyak betul koleksi kasut XES kat sini. Saya awal-awal lagi dah survey nak kasut yang mana satu. Hehehe. 


Bila lensa menghala kat staff XES terus ajer ada aksi spontan dari mereka. Oh yang bro tu kenapa serius sangat???. 


Well, seleksi kasut Scholl pun ada untuk lelaki dan wanita. Saya memang tengah cari sandal untuk saya nak bawak akhir tahun nanti tapi dah awal lagi beli. Kalau tak beli lagi mau saya ambik sandal yang warna purple bawah sekali tu. Design simple yet elegant.  


Tibalah masa yang dinanti-nantikan majlis bertukar tandatangan untuk melantik duta XES iaitu Ms. Mico Pun Chiew Yoek dengan Managing Director Shellys Marketng Mr. Simpson Wong. 


Ini cara seorang ratu berdiri yer. Memang sesuai melantik Ms Mico Pun.

Selaku duta beliau akan mendapat banyak keistimewaan diantaranya ialah : 

Kontrak bernilai RM16,000 termasuk 

- RM 1000 tunai ketika majlis menandatangan sebagai Miss XES Elegant 2014 / 2015 
- Supply kasut bernilai RM3,600 selama setahun.
- RM3,900 untuk iklan di dalam media massa 

Untunglah seorang yang bernama Ms. Mico Pun. 


Selepas itu, pihak XES mengumumkan setiap yang hadir boleh memilih apa-apa barang dari kedai XES. :-) Apa lagi. Apa-apa barang??? (Jenama XES sahaja) 

Saya beli ni untuk hubby nak bawa travel akhir tahun nanti. Jenama Scholl yang mempunyai titik-titik untuk urutan refleksologi kaki. Sambil berjalan selipar ni mengurut pada masa yang sama. How cool is that?...


Ni lah kasut yang saya ambil untuk diri sendiri. Saya pilih kasut ni sebab ringan. Selesa nak travel nanti. Saya ingat lagi kasut yang saya pakai masa travel kat US tahun ni langsung menyebabkan kaki saya melecet. Nak jalan pun tak selesa. Spoil juga mood saya. Saya kena pilih kasut yang hujungnya berbentuk lebar dan bukan tirus. Jari kaki saya panjang-panjang. 


Kasut ni saya beli untuk Dania. Habis?? Ummi dan ayah dapat kasut. Tak sampai hati pula takde kasut untuk Dania. Taraaa.......kasut Barbie pilihan Dania ni sesuai untuk kanak-kanak seusia Dania 10 tahun. Trendy sangat. 


Ni antara pilihan kasut XES yang saya close up. Saya suka cara pihak XES mempamer kasut dengan aksesori dekorasi. 



Cinderella tertinggal kasutnya??? 


Di akhir event ada makan-makan. Elok sangat la tu. Breakfast tak sempat jadinya kat sini la tempat makan-makan. 



XES : Trendy Family Shoe Store 


Jom ke XES jom. Dania cakap kat ummi, Giant Kinrara pun ada XES. Ummi baru perasan......budak-budak....memori sangat tajam. 

Khamis, September 18

Tak nak shopping tapi ter jugak


Dalam tak nak shopping tu tertewas juga tershopping. Kebetulan warehouse sale Hush Puppies ni memang dekat sangat dengan Sekolah Agama Dania kat Bandar Kinrara jadinya singgah dulu sebelum ambik Dania balik. Warehouse sale ni kat Taman Perindustrian Kinrara. 

Pakaian murah-murah dari harga sebenar. Jadinya, saya belikan slack 2 helai untuk hubby. Ada call hubby tanya size seluar pastu hubby kata Hush Puppies lagi. Hehe. Kebanyakkan seluar jenama Hush Puppies. Gi warehouse sale boleh dapat harga murahlah. Warna hitam dan warna khaki beserta stokin buat gi kerja. Dania dapat sehelai baju tidur dan seluar dalam. Saya dapat baju T-Shirt lengan pendek dan seluar yoga. 2 ni nak buat tidur ajer. Berbaloi jugaklah harganya. Tambahan pakaiannya yang memang berkualiti. 

You alls suka ke warehouse sale? 


Rabu, September 10

flexWorkLife membantu wanita untuk mulakan kerjaya yang lebih waktu fleksibel

Baru-baru ni saya ada pergi mendengar talkshow di event Urban Mom yang bertempat di One Utama. Speaker terdiri daripada Ms. Salika Suksuwan, Head Industry Partnership  wakil daripada Talent Corporation Malaysia, Ms. Nisa Hidayah Talent Acquisition Specialist , Standard Chartered dan Ms Pauline Teo, HR analyst, BASF Asia-Pacific Service Center Sdn Bhd. Tajuk talkshow ni menarik sangat I Made A Career Comeback. 


3 sebab utama kaum wanita meninggalkan bidang pekerjaan adalah kerana :

1. Nak membina keluarga
2. Tidak dapat membahagikan masa diantara keluarga dan pekerjaan
3. Nak memberi perhatian kepada keluarga. 

Pengalaman saya yang lepas sebab utama saya berhenti kerja sebab saya selalu diminta untuk keluar daerah. Dah la masa tu Dania baru berapa bulan ajer. Pada hakikatnya saya ni jenis agak manja sikit. Hehehe. Tak boleh nak jauh-jauh dengan keluarga. Setakat sekali dua tu boleh la. Ni kalau dalam sebulan tu banyak kali, saya memang tak sanggup. Dapat pula pegawai perempuan yang memang suka buat kerja luar daerah. Bagi saya setiap manusia itu berbeza kehendaknya. Apa yang saya nak capai ialah keluarga tetap No. 1, Kerjaya jatuh No. 2. Tapi, jika organisasi saya praktikkan masa yang lebih fleksibel mungkin saya tak berhenti bekerja. 

Pengalaman Ms. Nisa yang kembali bekerja setelah 2 tahun meninggalkan kerjaya ni membuka mata saya. Standard Chartered sebagai contoh ada menyediakan bilik  untuk mengepam susu untuk ibu-ibu yang menyusu. Best kan kalau ada organisasi yang memahami macam ni.

Apa yang flexWorkLife dapat membantu kita kaum wanita :

1. Boleh memohon pekerjaan yang memberikan masa bekerja yang lebih fleksibel. 

2. Pekerjaan yang ditawarkan boleh mengimbangi diantara keluarga dan kerjaya. 

Untuk keterangan lanjut boleh layari flexWorkLife.my  atau facebook di sini

Masa event ni berlangsung pun ada beberapa maskot yang lalu lalang jadi Dania pun tak lepaskan peluang bergambar dengan salah satu maskot. Dapat free cotton candy lagi. 


Jurucakap TalentCorp ada memberi tips supaya jika anda nak masuk balik alam pekerjaan setelah berhenti bekerja, tempoh tu jangan terlalu lama ye. Jadi, decide sekarang kalau plan nak kerja balik......chances nak masuk alam pekerjaan masih tinggi. 

Isnin, September 8

Kesinai Riverside Alor Setar Kedah

Masa tiba Kedah sehari sebelum raya. Jalan clear all the way dari rumah kami sehingga ke Alor Setar. Untung balik hari ahad. Kalau balik hari sabtu berejam kat jalanraya katanya. Oh ya entry balik raya tak habis lagi la. 

Singgah Kesinai Riverside yang terletak berdekatan dengan Yasmeen dan Pokok Ceri. Agak mahal juga buffet Ramadhan kat sini. Dewasa harganya RM30++. Kalau kat Bangi Golf Resort dengan harga RM28 tu buffet sangat banyak pilihannya. 


Khamis, September 4

Raya kedua di Kedah

Masih lagi entry raya yang tak habis lagi. Hehehe. Syawal pun dah habis. Tengahari kami ke rumah abang ipar di Pendang. 

Dania dengan cucu abang ipar saya. 


Raya kedua ni, Dania pakai kurung moden yang digayakan dengan shawl Radiusite. Ummi dier tak nak pakai dah. Hehe. 


Balik ajer dari Pendang, singgah pula rumah pusaka hubby kat Simpang Empat. Kanak-kanak yang paling happy dapat berkumpul bersama. Masa ni lah nak kumpul balik sedara mara yang jauh dan dekat. Mainan ni Dania yang bawak ni. 


Masa kat Pendang kami beli stok bunga api. Jadinya hubby sibuk la mengagihkan bunga api kat kanak-kanak semua. 

Anak ummi cuak main bunga api. 



Mercun gasing pun beli. Takat pusing pusing macam ni ajer pastu habis. Asap kemain banyak. 


Ni aktiviti yang paling saya suka. Ambik gambar kanak-kanak riang ni kat sawah. Tengoklah aksi semua mereka ini. Dania paling baik dengan Awatif yang pakai baju kurung hijau. Awatif ni cucu kepada sepupu hubby. Dia panggil hubby Tok Tam. Dengan Dania tak sure pulak apa pangkatnya. 



Kebetulan rumah arwah mak ada pokok rambutan yang sedang berbuah. Buahnya tinggal yang kat dahan tinggi. Sepupu hubby tolong kaitkan buah rambutan. Saya tolong ambik gambar kat tepi dan adalah sikit masukkan dalam bakul. Jadilah......kih kih kih...


Buah rambutan yang merah dan rasanya yang sangat mani. Kalau kami semua tak makan, jadi rezeki kat musang pandan pulak. 



Dania bergambar kat rumah pusaka hubby. 


Masa ni gelak sebab apa tah. Happy sungguh mereka ni. 


Rumah mak mertua kat Kedah ni takde sape yang duduk. Masing-masing ada rumah sendiri. Bila Raya jengah la rumah pusaka ni. 

Selasa, September 2

Majlis Terlajak Raya Kuzie Katering

Malam semalam, saya dan keluarga dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka terlajak raya Kuzie Katering. Majlis diadakan di Dewan Seri Endon, Putrajaya. 


Ni antara menu hari ini. Meriah sungguh. Bukan itu sahaja ada juga gerai ala hawker style yang menyajikan putu bambu, soto ayam, apam balik dan lain-lain lagi. 


Setting meja yang indah sekali. 


Ni antara selebriti yang pertama saya ajak berphotoG. Azura Azizul Azman. Saya nampak juga kelibat Fiza Sabjahan. 


Dania dengan anak pengasas kosmetik Novelles Visages, Sosilawati iaitu Erni Dekritawati. Sangat humble sebab saya kata beliau lawa. 


Putu Bambu favourite Dania. 


Ni konsep gerai ni. Ada juga dome iaitu konsep menghidang. 


Ada rumah kampung di pentas. 



Kuzie Katering dengan tema raya konsep agogo. 



Saya dengan Irma Hasmie yang comel. Irma ni baik dengan Heliza Helmi. Kebetulan baru ajer lepas jumpa Heliza Helmi 26 Ogos 2014. :-)


Si kecik Dania beratur nak ambik Putu Bambu. Akhirnya tak jadi ambik sebab lambat. 



Ni antara kuih-kuih yang dihidangkan di meja kami. Meja teman fb Pakengku. 


Tuhan sengaja menduga kita dimana kesabaran manusia......engkau isteri yang kusanjungi.......wah wah itulah lirik lagu Pada Syurga di Wajahmu nyanyian Nash. Semalam dapat kami berjumpa dengan Nash. 



Fazren Rafi dan Dania. 


Saya dapat berphotoG dengan Liza Abdullah. Beliau datang lewat ke lokasi. 


Jangan tak tau ye Mustapha Kamal pemilik syarikat konglomerat pandai bermain gitar lagu-lagu zaman 60an. Beliau sakit gout ni. Semangat sangat main guitar. 



Hubby dengan Datuk Seri Zahid Hamidi. Antara VVIP yang hadir. 


Puding ni sedapnya. 


Dania dengan Raja Zarith Sania anak DK yang nombor 2. 


Manis sangat anak sulung DK ni. Raja Danial yang mengambil jurusan Al Quran dan Sunnah. 


Imuda dan hubby. 


Zur Eda. 


Fazren Rafi lagi sekali tetapi kali ni dengan hubby.  



Dania nak sangat ambik gambar kat piramid makanan ni. 


Pakengku yang sangat busy. Saya ambik je la gambar Pakengku reramai ni. 


Saya dan Dania ambik gambar sebelum balik. 


Kalau event Pakengku gini ramainya aktres veteran. Nampak kelibat Mariani, Norlia Ghani, Nasser Wahab, Salwa Abdul Rahman, Mas Omar, Zaiton Sameon dan lain-lain lagi. Ada juga ramai wartawan antaranya Huzz. 

Terima kasih Pakengku...terima kasih di atas jemputan. Saya juga pelanggan DK. Beli tiket Eva Air ke Los Angeles melalui travel agency DK :-)