Rabu, Julai 23

Courts ID workshop & Digital Sofa Maker Contest

Saya masuk contest ni kat blog Sohoque.com dan tak sangka boleh menang pulak. Majlis ni diadakan pada 28 June 2014 bertempat di Courts Bandar Sri Damansara. Saya pergi dengan Dania. Mr hubby yang tolong hantar. Hubby tak dapat nak join sebab nak pergi service motor. 

Workshop ni patutnya ada 10 blogger tetapi cuma 9 yang join. Ada sessi penerangan tentang produk Silentnight. 


Beliau tunjuk cara-cara nak mereka sofa dengan menggunakan aplikasi Sofa Maker. 



Ada 3 group yang dipanggil untuk mereka sofa idaman. Sofa yang menang nanti bakal dibawa pulang oleh pemenang. Group saya dipanggil yang terakhir sekali. Yang tengah tu blogger Jamian Sarif. Memasing dengan kreativiti memasing. 


Oh lihatlah sofa saya. Berwarna merah sesuai dengan cat Nippon Paint :-)


Jumpa Ila Saleh 


Rupanya pemenang ni yang sangat sempoi dan cakap main design ajer. Ececece......clap clap untuk Eyriqazz. Background slide tu sofa rekaan Eyriqazz. 


Yang lelain dapat jugak bantal dari Silentnight. :-) Tingginya mat salleh ni. Saya tinggi bahunya sahaja. 


Lepas tu aktiviti makan-makan dekat cafe Dunkin Donuts. 


Setiap blogger menerima RM200 voucher. Huh...tak sampai 1 jam saya dah langsaikan voucher ni.


Hubby nak sangat microwave oven. Dekat nak puasa dah masa ni so ambik brand Electrolux sebab harganya RM199 tengah offer. Nannie Isa nak yang brand saya punya ni tinggal satu ajer. Rezeki saya.


*****broframestone.com thanks sebab kongsi info tips berblogging :-)

Jumaat, Julai 18

MH17

Misteri kehilangan MH370 belum dirungkaikan lagi kita dikejutkan dengan pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine. Pesawat MAS perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Berita yang cukup mengejutkan saya kerana kesemua anak kapal dan penumpang dikhuatiri tidak ada yang selamat.

http://www.theguardian.com/world/2014/jul/17/malaysia-airlines-mh17-flying-just-above-restricted-airspace

#prayforMH17

Khamis, Julai 17

Sponsor family photoshoot kemudian shoot to International Hijab Fair KL :-)

Lepas breakfast terus ke Pullman Putrajaya. Yaya sponsor family kami untuk photoshoot. Yay...cantik sungguh permandangan kat sini. Photoshoot ni sebelum puasa lagi ni. Err tak dapat lagi cd ni. 



Yaya belah kanan dengan adiknya. 


Lepas tu ajak hubby ke PWTC sebab nak pergi sinilah.....tiba sini dalam pukul 11 pagi. 


Ramainya orang. Berasak-asak kat dalam tu. 


Ni antara booth yang saya lalu. Tak masuk pun booth ni.


Umrahajj under Pn Mona Din. 


Masuk booth Suci ni tapi belek punya belek takde yang berkenan. 


Saya masuk booth Farah Iskandar tapi Farah takde. Ni kakak Farah. iaitu kakak ipar Ally Iskandar. Mungkin petang baru Ally dan isteri jenguk booth. Kat booth ni ada yang saya berkenan tapi takde sizelah pulak. Hampa...


Jalan punya jalan, berkenan dengan booth tudung ni. Yang Dania pakai ni tudung baru. Tudung lama terus masuk dalam plastik tudung baru. Kena la pulak dengan dress Dania ni haa...


Saya ada beli jubah arab dengan manik berwarna biru kat booth ni. Harga boleh tahan sebab ada discount. 


Kawan saya pergi masa hari pertama, ada ustaz Don kat booth ni. Ni booth ustaz Don yer. Tak nampak pun kelibat ustaz tapi katanya dalam pukul 5pm, ustaz Don datang beri ceramah. Malas nak tunggu sampai pukul 5 petang. 


Booth Prof Muhaya ni saya pegang-pegang ajer palazzo tu. Harga mahal juga yer. 


Bila nampak nama booth KFLN terus singgah. Sebab apa tau??? Sebab nampak Leuniey Natasha isteri Khairul Fahmi. Lawa sangat. Muka sangat flawless. Saya beli juga shawl sehelai. 



Rania Felixia Yeap duta Neng Geulis. Ni first time dengar Neng Geulis. 



Rembatan cuma sehelai jubah arab, 1 shawl dan 1 tudung ajer. Selamat poket suami. Hehehe. 

Rabu, Julai 16

Reunion teman se-U :-)

Seminggu lepas saya balik USA, ada jemputan ke rumah kawan di Shah Alam. Ina jemput ramai juga tapi yang turn up 5 orang ajer. Jadilah kan. Dania tak join sebab ada seminar motivasi kat surau berdekatan rumah. 

Syok juga bila dah dapat berjumpa ramai-ramai ni macam-macam cerita yang keluar. Ni photo belah kiri ni Cik Normi. Saya memang berkepit je dengan dia kat UITM Terengganu. UITM Shah Alam disebabkan kami kelas lain-lain jadinya tak la berkepit sangat. Kalau kat UITM Terengganu tu ibarat belangkas. Hehe. Yang belah kanan ni Emi. Lecturer tapi sekarang ni sibuk pulak buat PHD. Masa ambik Masters kat UK, rajin dia call saya. Tq Tq. Masa ambik degree kat UITM Shah Alam, kami berdua ajer perempuan. Kami berdua ajer straight sitter dan grad on time. Yang lelain ada repeat paper. Girl power hokkay!!! :-)


Yang belah kiri ni Lilis bertudung kuning. Satu kelas masa Part 2 - 6 kat UITM Terengganu. Kahwin dengan Datuk jadi automatik dapat Datin marah beno kami panggil Datin. Hehe. Belah kanan ni lah tuan rumah Gusrina :-) Yang belah kanan ni sebilik kat UITM Terengganu dan serumah di UITM Shah Alam. Lama sungguh kan. Sama-sama balik Terengganu naik bas kat Hentian Putra. Mama dan papa akan drop saya kat Chow Kit kemudian meet Ina kat sana dan sama-sama jalan ke Hentian Putra. Masa muda-muda takde hal nak jalan jauh tu. Kalau suruh jalan sekarang, mau telan air liur :p


Duduk tu Shikin. Masih single tapi not available. Cepat2 klepak klepung nanti ajak kami semua eh :-)


Bergambar beramai-ramai tapi tuan rumah sibuk ambik gambar :-) Macam-macam tuan rumah sediakan. Saya bawak keropok dan waffle Gardenia. Boleh bebudak semua makan :-)


Ni anak Normi yang sulung. Namanya Danish. Handsome sungguh. 


Kiri anak Gusrina namanya Alin Qistina dan belah kanan anak Normi namanya Danisha. Ambik gambar anak orang je lah. Anak sendiri tak datang :-)


Ni lah kawan-kawan saya since 1994. So now dah dekat 20 tahun pun kami berkawan. Maybe boleh buat lagi reunion kengkawan ni. Next..... rumah Datin Lilis. Hehe. 

Selasa, Julai 15

Makanan halal di Airport Taipei Taoyuan, Taiwan

Kalau transit kat airport Taiwan, jangan risau ada restaurant makanan halal. Ni antara salah satu restaurant makanan halal yang kami cuba. Saya tanya kat information counter.


Jumaat, Julai 11

Seceria Air Tangan Ibu - Beramal Bersama Planta

Makanan paling sedap di dunia ialah makanan yang dimasak oleh air tangan ibu kita. Betul tak?. Untunglah bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu. 

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Planta mengadakan kempen Seceria Air Tangan Ibu - Beramal Bersama Planta. Kempen ini memberi peluang kepada kita untuk menghasilkan biskut raya planta untuk aktiviti amal. Biskut itu nanti akan didermakan kepada anak-anak yatim. 



Info selanjutnya boleh click SINI


Semoga sasaran sebanyak 50,000 biskut akan tercapai. Bayangkan muka anak-anak yatim yang tersenyum menerima biskut kita tu nanti......perasaan indah yang tak dapat digambarkan.... 

Jom ke Mydin / Giant dari 16 - 20 Julai 2014 untuk menderma biskut raya planta anda. 


Isnin, Julai 7

Solusi KL Kids boleh membantu :-)

Kalau anda semua pening mana nak beli tungku bayi atau tungku untuk ibu juga barut bayi....haaa jangan risau ada solusinya....boleh tengok kat sini https://www.facebook.com/klkids.my?fref=ts

Barut bayi yang sangat comel. Boleh tuam perut bayi kerana ia sesuai untuk elakkan bayi kita kembung perut,angin pasang dan kurangkan kesan akibat gigitan serangga.


Barut bayi didatangkan dengan 2 jenis ya. Ada barut zap dan barut tali. 100% dari cotton flannel. Kat bawah ni contoh barut tali. 


Product special untuk bulan Ramadhan ni tak lain tak bukan OSM Ramadhan Booklet mengenai adab2 di bulan Ramadhan. Saya nak ceritakan pengalaman anak saya Dania. Dania komen untuk Ramadhan hari ke 5.

Dania : Susah sikitlah ummi Ramadhan ke 5. Kena bagi makan orang yang berpuasa.
Ummi : Takpe, Dania boleh derma kat dalam tabung buka puasa kat surau.

Tanpa disuruh Dania mengeluarkan duit dari tabung untuk disedekahkan ke dalam tabung surau. Kebetulan surau ada mengadakan majlis berbuka puasa setiap sabtu dan ahad. 

Alhamdulilah. Buku ini dapat membantu anak kita buat checklist sepanjang bulan Ramadhan. 



Banyak lagi produk boleh didapati dari KL Kids . Info selanjutnya di :-


Selain daripada itu ada juga islamic books and material/devices for toddler & kids daripada umur 8 bln keatas.  Produk daripada Darussalam Publication Riyadh, Saudi Arabia  dan Learning Roots UK.

Islamic material / Device : 
i)Little Flower Ruqyah teether. Mengandungi surah al-baqarah, ayatul kursi,surah an-nas, surah al-falaq,azan etc

ii)Quranic Opposite Puzzle
Sesuai untuk toddler & kids  belajar tentang word dlm quran. Contoh syurga,lelaki,perempuan. Ada 24 pcs puzzle ni..

iii) flash card huruf hijaiyah, flash card iqra

Jangan lupa mentioned dapat tau dari blog My Small World ya....mana la tau dapat discount dari KL Kids ..... :-)

Jom KL Kids

Khamis, Julai 3

Trip to USA (Yosemite National Park/LAX) Day 10

Akhirnya trip kami sampai ke penghujungnya. Selamat tinggal hotel kami. Kejap ajer dah sampai 10 hari kami kat bumi Amerika ini. Masa ni dah check out.