Jumaat, Februari 28
Rabu, Februari 26
Sandwich oh Sandwich
Semenjak Dania bersekolah Kebangsaan sessi pagi ni, me dah berazam. Dari awal tahun lagi nak sediakan bekal untuk Dania bawak ke sekolah. Setiap hari bekalnya bertukar. Me kena bangun awal pagi nak sediakan sarapan dan bekal Dania. Dalam 5.40 am tu dah bangun, mandi dan masak. Ni antara all time favourite bekal Dania. Sandwich ni selalu me letak kat roti putih tu ajer. Kali ni dalam roti bujur ni dengan inti frozen turkey.
Bahan-bahan yang me letak ni tomato, daun salad, bawang dan keju. Keju ni kekadang me guna slice cheese tu dan ni me guna mozarella yang dicairkan bersama turkey. Last sekali letak sos cili. Roti ni pun me panaskan sekejap sebab nak bagi lembut.
Balik bila tengok bekal ni licin rasa bahagia sangat sebab sayur-sayur tu semua Dania makan... :-) Kekadang boleh share lagi dengan kawan-kawan. Tapi me pesan biar Dania makan paling banyak berbanding rakan-rakannya....hehe...
Jumaat, Februari 21
Bengkel pengurusan jenazah
Hari sabtu pagi bengkel untuk muslimat ni diadakan. Lama dah. Tak silap bulan 1 baru ni. Pagi-pagi lagi dah ke surau berdekatan dengan rumah me. Dania memang me bawak sebab memang dia nak ikut me tapi me suruh la dia bawak buku cerita. Muslimat tu tak ramai yang tiba lagi masa ni.
Ustazah ni kemain ceria dengan shawl dan jubah berbunga matahari. Me dan Dania duduk depan sekali. Kain kapan dah siap bentang. Rupanya berlapis lapis. Atas sekali kain yang dipotong seperti jubah dan cawat. Ada beberapa bahan seperti kapur barus, cendana. Ohhh kena refer balik nota me ni. Cara mandi macamana. Lebih afdal jika adik beradik sendiri yang memandikan ibu kita jika beliau meninggal supaya nak mengelakkan fitnah.
Seorang muslimah kena jadi model sebagai 'jenazah'.
Ustazah juga ada berpesan. Jika melawat orang yang meninggal, jangan bersembang kosong. Baca yasin, sedekahkan Al Fatihah supaya jenazah itu nanti diharapkan mudah ke alam sana. Ustazah sendiri sedih bila pergi melawat jenazah dalam masyarakat kita, saudara mara, jiran tetangga sibuk berborak kosong. Ustazah ni pernah melawat jenazah orang arab, bila pergi ke majlis tu beliau nampak rakan-rakan kepada si mati tu membacakan yasin dan tidak ada seorang pun yang berborak. Mereka menghormati si mati itu sampai begitu sekali.
Oleh itu mari kita mempraktikkan bila melawat saudara mara, rakan kita yang pergi dulu meninggalkan kita. Moga tenang dan mudah jenazah itu di alam sana.
Isnin, Februari 17
11 tahun yang lampau...
Ada kawan tag kat facebook gambar masa me kursus induksi masa kerja LKIM dulu. 11 tahun yang lampau me sibuk nak berkursus sebab salah satu keperluan untuk diserap sebagai pegawai A. Me duduk sebelah jiran me sekarang dan kawan yang me rapat masa kat LKIM. :-) Lin nama panggilannya. Masa ni pun me dah bertunang. Me bertunang 1/6/2003. Tarikh kat gambar ni 26/6/2003 jadinya kira baru la me bertunang :-) Darah manis gitu. Me kahwin pun tahun yang sama jugak 2003.
Kejap je kan masa berlalu. Now me pun dah jadi surirumah sepenuh masa. Tukang bayar expenses...me lah, tukang ambik/hantar Dania ke school me lah......
Ada rumors yang kata me berhenti sebab itulah sebab inilah. Yang betulnya me berhenti sebab tak sanggup nak disuruh outstation. Masa tu Dania berapa bulan je umurnya. So me berhentilah. Bukan disebabkan kena marah dengan pegawai atas me. Ramai yang terkejut sebab bukan senang nak masuk perkhidmatan kerajaan kerana ramai yang memohon tapi tak dapat. Alhamdulilah. Rezeki di mana-mana. Me bahagia dapat bersama keluarga me..... :-)
Isnin, Februari 3
Teruja menyaksikan Hi-5 House Party
Entry yang tertangguh. Ni cerita tahun lepas :-) Me and Dania ada pergi menyaksikan konsert Hi-5 House Party. Tempatnya macam kat gambar bawah.
Me tiba pun dalam 5 lebih camtu. Sempat solat kat Masjid Wilayah sebelum ke sini. Me tak berapa familiar tempatnya. Me guna google ajer. Ni kat tempat yang menjual barangan Hi-5. Katanya imported dan harganya memang mahal. Dania pose bersama Jup Jup seekor sotong gamaknya nih.
Seat kat dalam dewan dapat tempat belakang jugak la. Tiket free so ok lah kan... :-) Dapat tiket free sebab buat coverage event Hi-5 dan Dumex kat The Apartment, The Curve last year.
Sempat keluar lagi dari dewan sebelum show start.
Persembahan yang membuatkan kanak-kanak teruja. Dania duduk belakang. Jadinya tahap keterujaan tu kurang la sebab Hi-5 ni best kalau anak-anak ikut tarian mereka.
Ni lah ahli 5 orang terdiri daripada Mary , Stevie, Lauren, Ainsley dan Dayen. Mereka group popular dari Australia.
Ada scene baling belon jugak. Yang menyambut belon tu of course la yang duduk depan.
Overall, Dania seronok menyaksikan konsert ini. Me pulak sedikit mengantuk...hehehehe....:-) Lepas tu me and Dania bergegas solat Maghrib kat surau KLPAC. Terletak kat bawah dewan ni ajer so sangat senang. Solat bersama Wan Amira. Ayu Rafikah langsung tak sempat jumpa sebab tiba masa konsert dah berlangsung dan balik pun masa konsert tak habis lagi. :-)