Ahad, Mac 31

Mix FM Announcer pakai costume bunny?

Me kena collect hadiah 1 bulan supply San Francisco Coffee kat Paradigm Mall. Masa tiba, salam Dilly dulu. Sebab me datang sorang so Dilly suruh me join group Mix FM. Hehehe. Dalam pukul 1pm, Dilly pakai costume bunny nak serve coffee. Sebelum tu pose dulu dengan Mix FM announcer Dilly dan JD. Tengok la gaya JD yang cheeky tu.






Tengok la gaya Dilly pakai bunny suit ni :-)


2 announcer ni me suka since mereka di Red FM lagi :-) Ni gambar me dengan JD dan Dilly kat kolam renang Swiss Garden Damai Laut. Masa ni mereka berdua di Red FM. Kebetulan me menang hadiah 3D 2N stay kat Swiss Garden dari Red FM. 


Ni gambar sekarang JD dan Dilly.


Dilly kena melayan pelanggan di San Francisco Coffee. :-) Staff SF Coffee ni tanya macamana me dapat 30 voucher minum coffee di SF Coffee :-)



Jom SF coffee :-)

Sabtu, Mac 30

Mix FM announcer serve SF Coffee in a bunny suit


Hari ni pukul 1 pm kat Paradigm Mall, JD atau Dilly dari Mix FM akan serve SF Coffee dengan Bunny Suit sebab team captain yang kalah Battle of the sexes. Me pulak akan ke sana sebab dapat sms suruh collect 1 month supply SF Coffee ni ;-) sebab baru2 ni suara me masuk Mix FM sebab lawan dengan seorang guy me yang menang. 

Mekanismenya jawap soalan yang ditanyakan. Kategori soalan yang ditanyakan akan dipilih oleh pihak lawan. Pihak lawan suruh me jawab soalan berkisar comic. Me pilih pihak lawan berkisar soalan makeup. Kalau dua2 soalan tak boleh jawap, ada tie breaker question. Me yang jawap tu. Hehehe. Soalannya berapa ml caffeine dalam kopi. Me jawap 100ml. Padahal me tembak je. :-)

Jumaat, Mac 29

Bukan sebarang JIN


Terjumpa kereta Mini Cooper dengan plet nombor JIN ** kat Ikea Logan Australia. Wahhhh ni bukan sebarang JIN ni. JIN ni sangat comel :-)

Psst Psst......mudir sekolah Dania pun dah booked kereta Mini Cooper ni. Ustaz zaman sekarang memang murah rezeki. Nak nak yang selalu masuk TV tu dan famous. :-)

Khamis, Mac 28

Happy Birthday abang :-)

Hari ni birthday my hubby ke 41 tahun ;-)....Jap lagi baru nak gi beli hadiah tapi hadiahnya me takde idea nak bagi apa.

Moga panjang umur, murah rezeki dan kebahagiaan milik abang yer....

Kesian my hubby this year sambut birthday kaki kanan still tak boleh jejak tanah lagi. Moga dipermudahkan yer....

Rabu, Mac 27

Ke Cardiff University........

My sis dapat tawaran sambung belajar kat Cardiff University. My sis ni Pegawai Tadbir Diplomatik. Jadinya kerajaan Malaysia taja ler. Dulu me pun ada ambik exam PTD kat UIA Gombak tapi fail. Hehehehe. Sorang je yang jadi PTD ikut arwah papa. Sebab tu la papa bangga ada anak yang ngikut dia. Tambahan ramai kata muka my sis ala ala arwah papa.

Photo taken from google

 Baru-baru ni adik bawah me datang rumah so kemain semangat nak melawat adik i beramai-ramai ke Cardiff tahun depan Insyaallah. Baru-baru ni pun my sis ni pergi Vietnam siap bawak bibik sekali. Amboiiiii seronok bibik dapat gi oversea. Ni kalau nak pergi Cardiff ni kemungkinan besar nak bawa bibik sekali ke sana. Mana taknya si kecik Zharfan asyik melekat dengan bibik ni ajer......

Oh yer....my sis ni bakal ke Cardiff bulan 9 tahun ni. Pergi dengan Sofiah, Adlina dan Musyafi dengan ibu mertua. Adik ipar me ikut sekali tahun depan sebab now tengah sambung belajar. Ada rezeki next year me pergi Cardiff dengan adik me dan keluarganya. :-)  



Isnin, Mac 25

Laman me terpilih untuk FREE makeover sempena Aidilfitri

Me agak busy jugak sebab pagi-pagi kena pergi hantar Dania kat school. Lepas tu kena ambik orang dekat Puchong Perdana. Nasib la not so far dari rumah me :-) Bila me tiba rumah tak lama kemudian datang la krew semua nak set up kamera bagai. 


1 Feb : me hantar email bilik Dania dan laman rumah untuk rancangan ni. Lama juga gap person in charge tu nak call.
9 Mac : Dapat call waktu malam kata ada landscape designer dan director nak datang tengok halaman rumah me.
12 Mac :  Director rancangan makeover dan landscape designer datang tengok halaman. Director set terus shooting time. Seminggu dari tarikh hari ini.
19 Mac : Makeover rumah me.

Cameraman ni me kenal masa rancangan cabaran Calciyumm hos Awal Ashaari tu. Bising sikit cameraman ni.


Krew sedang korek tanah laman depan rumah me.


Bunga dan pokok yang bakal ditanam di laman hadapan rumah me :-)


Cameraman sedang sibuk shoot laman me yang telah dimakeover :-)


Mereka sedang shoot program ni yang bakal ditayangkan bulan Ramadhan tahun ini. Me akan announce nanti. Laman lepas makeover me tak boleh tunjuk sepenuhnya.

Seorang director, 3 krew production, seorang jurukamera, seorang jurusolek, 2 krew laman, seorang pakar landskap, seorang pelakon. Me dok kat dalam rumah tengok perjalanan shooting ajer. Lega juga sebab tuan rumah boleh rehat kat dalam rumah while krew sume kat luar ;-). 


Alhamdulilah berserilah laman rumah me sempena nak menyambut aidilfitri nanti. Erkkk lambat lagi nak aidilfitrinya tuh.Mereka berkampung kat rumah me dari pukul 9 pagi sampai 3 petang. Elok juga tu sebab dalam 3.30 petang nak gi ambik Dania pulak. 

Shooting asyik dok cut sebab landscape designer pemalu orangnya.....hehehe...kena usik dengan cameraman, pelakon dan director. 

Sabtu, Mac 23

1st time menang contest tagline -)

Baru-baru ni ada contest bagi tagline untuk facebook page Treasure Hunt ni. Me masa tu kat hospital then dapat sms dari Ayu kata me menang. I can't believe my eyes, tagline me dapat 1st place. Actually banyak me hantar kat fb page tu. Antara banyak2 ni yang derang berkenan. Alhamdulilah.


Jam Ice ni lar bakal me dapat. :-) Tak tau lar warna apa. Striking sungguh warnanya. Sesuai la jam pakai waktu santai2 :-)


Service kereta, rajin ke menunggu?

Masa hubby kat hospital baru ni, masa tu jugak kereta me tu kena service. Actually dah lebih beberapa km lebih dari sepatutnya. So nak tak nak, me pergi terus ke pusat service Volkswagen kat Glenmarie tapi kena buat appointment dulu. Slot kosong kena tunggu lagi seminggu. Me main walk in ajer. Jadinya terus pergi pusat service Volkswagen kat Balakong. Dekat dengan AEON Cheras. Me telefon dulu boleh hantar ke tak. Kang main pergi je tak leh service, buang masa je. Nasib boleh. So terus ke Balakong pulak.

Lounge yang sangat luas untuk kita berehat sementara kereta kita siap service.


Kena daftar kereta nak service kat sini la.


Ada tempat air dan biskut disediakan. Kalau service kat Glenmarie, siap ada bibik offer kek cawan lagi ha...


Me buat air Mocha then cicah dengan biskut ni :-)


Hantar pukul 10 pagi, pukul 1 petang baru siap. Jenuh jugak tu nak menunggu 3 jam. Kita service lagi 15,000km lagi la ye. Kalau jalan dekat2 ajer mau service setahun sekali atau dua kali ajer. Kereta me siap vacuum + basuh. Berkilat giteww ;-)



You alls kalau service kereta, siapa yang tunggu? First time dulu hubby service hari Sabtu. Now, me le kena ambil alih nak service kereta.

Jumaat, Mac 22

UFO terbang?

Canggih sungguh sekarang ni kalau nak ambik gambar dari sudut atas. Dengan menggunakan alat ni. Ni first time me nampak masa pelancaran Paint Ball sebelah rumah me. Ala ala UFO pulak me rasa.



Selasa, Mac 19

Luahan perasaan ;-)

Alhamdulilah, semalam me menang something dari radio. Tak boleh announce yet sebab tak keluar on air. ;-) Alhamdulilah just a little winning. Once on air will update my blog ya ;-). And semalam juga, waktu malam, ada lori menghantar pokok2. Alhamdulilah rezeki juga.Kali ni untuk program makeover yang bakal disiarkan bulan puasa nanti. Kalau green light baru me publish photo2 tu :-)

Bersyukur me, di saat hubby tengah bercuti sakit ni. Ada rezeki yang membuatkan me tersenyum. Hubby nak jalan kena guna 2 tongkat. Kaki kanan memang tak boleh jejak lantai so me kena pastikan persekitaran takde halangan dan tak licin atau air bertakung. Is not easy ye sebab once anggota patah kena jaga betul2. Dan pulak of course la hubby mengharapkan me untuk segala urusan. Me sangat bersyukur juga sebab urusan mandi, semua hubby boleh buat sendiri tapi payah jugak la me tengok. Sekurang-kurangnya me boleh settlekan urusan lain. Nak naik tangga pon susah, Nak turun tangga a bit easy tapi kena hati-hati takut terjatuh. Ya allah permudahkan urusanku.So, tongkat la yang teman hubby sekarang ni.

Me pun dalam proses belajar jugak nak jaga orang patah ni.....doakan me yer....Dania pun sangat helpful dalam menjaga keperluan ayah dier :-) Thanks Dania.....itu pun dah buat me bersyukur. Dania sekarang kat school sibuk nak practise lumba lari. Oh ya Dania masuk acara lumba lari dalam sukan sekolah ;-) Teruja sungguh anak ummi ni ye...

Ahad, Mac 17

Bersyukur semuanya selesai....

Minggu lepas blog ni agak sunyi sebab me agak busy ulang alik rumah - sekolah - hospital. Hubby me masuk hospital sebab kemalangan. Actually masuk hospital ni pun lepas 3 hari bengkak di kaki tak surut. Klinik panel suruh further check up di Specialist. Rupanya memang ada tulang kaki yang patah. Ishhh me sangat susah hati :-(

So Sime Darby Medical Center Subang Jaya tempat pilihan hubby. Faktor dekat dengan sekolah Dania yang menyebabkan hospital ni menjadi pilihan. Senang la me nak lari2 ulang alik sekolah + hospital.


Masa ni tak operate lagi. Hubby patutnya layak untuk 2 orang sebilik tapi sebab penuh bilik tu jadinya duduk la 4 orang sebilik. Kira strategik juga sebab bilik ni tepi tingkap. Sepanjang kat sini, hubby takde siapa yang teman memalam. Me and Dania tidur kat rumah.


Setiap pagi ada orang tukar bedsheet.


Luar bilik ada visitor's Lounge.


Ni pulak sepanjang hubby kat sini, dok lalu lalang je area ni.


Kalau lapar, ada restoran kat SDMC ni.


Hubby and Dania yang baru balik sekolah. Ni la tempat first tuju sebelum balik rumah.


Photo ni selepas Operations. Tengah mamai2 lagi hubby. Masa nak masuk ops theater tu, me pergi solat dulu. Patut schedule pukul 4 lebih, bila me pergi bilik hubby.....hubby dah dibawa pergi kat ops theater dah padahal baru pukul 3 lebih. Adehhh sebaknya tuhan je yang tahu sebab tak sempat nak jumpa hubby. Tapi, me rasa kalau me ada kat situ, dah tentu me lagi sebak.....me spesis senang mengalirkan airmata.


Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Hubby selamat menjalani Operations di bahagian kaki. 5 hari 4 malam jugak la kat Hospital. Me rasa sangat bersyukur kerana kos hubby ditanggung oleh ING. Kos keseluruhannya dalam RM8000++ selama 5 hari 4 malam di SDMC. Memang selesa sepanjang kat sini. Selesa sekalipun, hati terfikir-fikir nak balik je. Now hubby dah selamat berada kat rumah :-)

Khamis, Mac 14

Dari bilik hospital.....

Sorry la blog me bersawang 2-3 hari ni......me bersiaran Dari hospital. Thanks kepada readers ye. Now hubby gi X-ray nak tengok pembedahan semalam macamana.....risau jugak ni.....Moga ok lah hendaknya. Cepat sikit balik Umah. Mujur school dania dekat sangat ngan sdmc ni.....

Isnin, Mac 11

My hubby kemalangan

Hubby i kemalangan bike hari jumaat baru ni. After setelah seminggu struggle dengan keje. Balik lewat malam nak siapkan project I P*******. Masa hubby kat traffic light tetiba kereta yang jap kanan jap kiri memintas secara last minute nak masuk ke lorong kiri kemudian melanggar hubby dari belakang. Hubby jatuh tergolek tapi kereta Mercedes yang langgar tu tak berhenti. Nasib la ada van kat belakang hubby berhenti dan memberikan pertolongan. Cina dan India yang dalam van tu. Seorang Melayu naik motor pun berhenti memberikan pertolongan. Moga murah rezeki mereka.

Masa check kat klinik, X ray bahu semua ok. Dr bagi ubat untuk surut bengkak. Then hari isnin bila gi jumpa Dr tu, dr tu suruh rujuk kat hospital pakar. So pegi la me and hubby kat SJMC. Xray then dapat detect ada tulang kecik patah. Oh my....cuak tak cuak?....then Dr suggest kena buat minor ops kat kaki nak masukkan skru dalam tulang. Sound scary kan?. Moga itu yang terbaik buat hubby. Now hubby admitted sebab Dr nak bagi bengkak kaki tu berkurangan sebelum minor ops....

Moga dipermudahkan....

Jumaat, Mac 8

Winner Nivea pure & natural cover photo contest

Inilah kemenangan pertama me tahun ni. Ok la juga sebab mengubat kekecewaan tak mengena apa apa...Hehehe :-). Contest ni Nivea pure & natural cover photo contest. Me menang minggu yang terakhir. Kena decorate gambar kita tu dengan gambar yang tersedia kat page Nivea di fb. Ni la hasilnya cover photo me :-) Memang 100% pilihan juri ni.


Ni lar gambar yang bertuah tu. Dania yang snapkan. :-) Di tepi pantai New South Wales :-) Cuaca sangat panas masa ni. Oppsi Oppsi hubby layankan je me nak gaya ni....hehehe....me jarang ambik gambar berdua ngan hubby.


So dapat la me barangan Nivea bernilai RM100 :-) Syok kalau dapat stok deodorant Nivea sebab me memang pakai brand ni sebab bau lembut sangat. Dah lama dah me guna brand ni. Kebetulan masa announcement kemenangan ni, me baru ajer beli Deodorant Nivea Dry Comfort.

*****Tahniah kepada Suzz sebab menang bersama :-) sekali harung dengan Julia bff Mama Tisya :-)

Khamis, Mac 7

Makan Time - Al Amin Food Corner Tmn Greenwood

Keluar ajer JJCM terus mencari restoran ni berpandukan GPS. Mula2 sesat ke Taman Batu kat Batu Caves. Rupanya kat Jalan 6, Taman Batu Greenwood yang kat Batu Caves. Restoran yang biasa sahaja kalau tengok dari luar. Sekali datang restoran ni baru perasan yang kami pernah datang area ni masa kawan me kahwin. In fact park kereta pun dekat ajer ngan restoran ni.


Menu restoran ni.



Sebelum itu cuba makan Ruz Raban dulu. Sedap juga rasanya.


Mungkin sebab baru keluar JJCM, order kami tiba setelah 50 minit menunggu which is lamanya....ni order me. Nasi bubur. Rasanya so so ajer...sup juga diberikan bersama nasi bubur ini.


Nasi Mandy kambing berempah yang hubby kata kambingnya sedap. Me mintak sikit daging kambing ni kat hubby. Sedap....cuma me rasa nasinya agak sikit. Daging kambingnya agak mewah.


Nasi ayam salai ni pon tak menghampakan. Berbaloi tunggu lama kalau hidangannya sedap.


Nasi ayam ni nasinya me rasa beras siam wangi sebab ala ala pulut. Sedap. Selalu nasi ayam rasa beras biasa je kan.


Tapinya servis kat sini bagi me sangat lambat. Me nampak ada 2-3 meja yang tak dapat air sampai ke sudah. Ada yang dapat air bila dah habis makan. Kami pulak, hubby mintak air limau suam, dapat air limau ais. Me and Dania mintak air sirap bandung, kami dapat air suam 2 gelas. Kali kedua pun silap air. Kali ketiga baru dapat air sirap bandung 2 gelas. Err...kalau servis tak dijaga lama lama orang dah tak repeat datang dah....

Kami masa tu dok luar. Pintu orang keluar masuk tu agak mengganggu konsentrasi sungguh. Bunyi pintu tu agak kuat. Kalau la pihak Restoran Al Amin boleh menggantikan pintu yang lebih mesra di halwa telinga lagi baik....

Rabu, Mac 6

Putu Piring


Putu piring....putu piring......susah juga nak cari putu piring ni. Me terjumpa putu piring kat Taman Batu di Batu Caves. Beli sekali 10 keping. RM 2 untuk 5 keping. Me memang suka putu piring. My Dania pun lately ni suka pulak putu piring. Berkeping keping boleh makan tu. Semalam hampa sebab putu piring tak bukak pulak kat Pasar Malam yang selalu me pergi. It's ok ye Dania sebab dapat merasa putu piring weekend baru ni....

Praktikal sangat.....


Kawan me Rozela ada bagi beg troli ni. Berkali-kali dia pesan ni beg gi pasar. Hehehe. So memang me bawak gi pasar malam la beg ni. Senang ya amat. Dania memang offer nak menarik beg troli ni. Jadi tak le kita sakit tangan bawak barang berat-berat tu. Memang sangat praktikal :-).

Thanks Rozela ;-)

Selasa, Mac 5

Kesian Trina kudung

Ni lar anak kucing yang diselamatkan dari dalam longkang. Ada la 2-3 hari jugak dengar anak kucing bising. Hubby mencari jugak merata tapi tak jumpa dari mana datangnya suara kucing ni. Akhirnya hubby cakap kat guard suruh cari. Guard ni pon cari la. Akhirnya anak kucing ni diselamatkan dalam longkang. Macamana la dia leh termasuk kat situ. Guard pass le kat hubby kucing ni. Tapi....

Kucing ni kudung kaki kirinya. Tiada tapak kaki belah kiri. Macam terpotong sebab ada kesan darah. 


Akhirnya kucing yang dinamakan Trina, salah satu watak kartun dalam Jojo's Circus ni dibawa ke Veterinar. Dr. cuci kaki kucing ni dan balut. Kami kena bagi makan antibiotik juga sehari 2 kali. Dr. kata kakinya akan berdarah lagi. Solutionnya kalau tak nak berdarah, kena potong kakinya sampai atas supaya Trina tak guna kakinya untuk mencakar. Eiiiii tak sanggup kan.....biar je la kakinya gitu.


Yang uruskan Trina, hubby + Dania sebab me agak geli ngan kucing...hehehe....

Kedai cenderamata orang Malaysia di Gold Coast

I masuk kedai ni secara tak sengaja. Masa masuk sedang syok i tengok fridge magnet (fm), datang uncle ni. Pilih pilih i bagi harga murah. Hehehe....Oh uncle orang Malaysia ye. Ok jugak harga yang ditawarkan compare dengan kalau beli 1 ajer. Memang berbaloi kalau nak borong souvenir. Me beli pon berpada-pada ajer. Kan me kata trip me banyak dihabiskan dengan sight seeing dari shopping ni.


Isnin, Mac 4

Perasmian Paintball oleh Adun

Perasmian Paintball diadakan berdekatan dengan rumah me. Majlis dirasmikan oleh Dato Satim Diman adun kawasan me ni. Ada 2 kanopi dan kerusi yang ditaja oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM selaku petugas khas untuk program ini yang dianjurkan oleh surau rumah me dan owner Paintball.




Ada juga aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak. Hamper ini juga tajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Goodies bag juga tajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Ada juga taman arnab. Me rasa arnab stress hari ni sebab budak2 ni main kat dalam kurungan arnab ni.


Ada game basikal lambat.


Pertandingan mewarna


Ni lar pemain kebangsaan Paintball kat Malaysia ni yang juga tuan punya Paintball ni. Nama dier Sam.


Polis IPD Serdang pun try Paintball. Polis kalau pegang senapang memang ada gaya kan....


YB Dato' Satim Diman.


Ni lar first time me tengok peluru paintball ni.


Dania dapat saguhati untuk pertandingan mewarna.


Dania antara 2 pemenang musical chair. Kemain suka yek...


Ni ler gaya seorang juara Musical Chair...:-)


Medal dan hamper pemenang paintball ditaja oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Kawasan paintball ni unik kerana kawasan ni berbukit dan ala ala dalam hutan. Ni kawasan asal ni.


Anakanda yang syok ke sini sebab boleh main-main dengan rabbit. Kejap dukung kejap lepas kejap dukung.....kesian rabbit kat sini stress. Hik hik hik.


Juara pasukan paintball ialah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Paint ball Nurul Iman Warriors dapat No.5 Not bad la kan sebab hubby pun pertama kali mencuba paintball ni. Hah kena tembak kat bon bon lagi...hehehe ;-) Hadiah dari tempat 1-8. Pasukan Polis Diraja pun boleh tumpas. Pasukan pemain dari Astro pun tak dapat tempat 1-3. Heheh :-)

Jom Paintball.