Friday, February 1

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah

Ni gambar fresh from oven lagi ni. Pagi ni me hantar Dania ke sekolah dengan ayahnya. Hubby cuti sebab Hari Wilayah. So hari ni sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Kena pakai baju raya cuma kasut jek kena pakai kasut hitam sekolah. 

So kena bawa la makanan untuk dikongsi dengan kawan-kawan sekelas. Me beli cocopie. Kalau yang masuk contest faham ler kot kenapa me beli cocopie...Hehehehe...ye tak?. Air kotak pulak me beli Dutch Lady School perisa strawberry. Haaa air kotak ayah yang kena bawak naik atas. Hehehe. Me tolong bawak cocopie jek. 

Dania ni kalau flash dari kamera ni ler gayanya menutup mata.


Dania dengan rakan sekelas. Semua berbaju warna warni. :-) Hari tu pun ada sambutan Maulidur Rasul tapi tu anjuran Kompleks 3C MPSJ kali ni baru sambutan Maulidur Rasul anjuran sekolah Sri Pintar Al Amin.

Kawan Dania yang paling tinggi tudung ungu tu memang pandai. Memanjang je 1,2,3. Kalau subject agama memang power. Ibunya ustazah. Untung la.........

4 comments:

Related Posts with Thumbnails