You alls dah pernah sampai Wetland kat Putrajaya tak?. Me first time datang ke sini. Dalam GPS Tom Tom me takde nama Wetland ni so kami menuju ke Taman Botani. Lepas tu ikut signboard nak ke Wetland.
Kami nampak signboard Wetland pusat rekreasi air. Bukan Wetland ni yang dicari. Tapi me sempat la snap gambar kat sini. Cantik rupanya permandangan kat sini. Ada aktiviti berkayak kat sini rupanya.
Wetland yang kami nak pergi ni ke depan lagi. Dari Wetland rekreasi air ni terus ajer naik flyover di depan. Wetland tu kat sebelah kiri. Ada tertera Taman Wetland di pintu gerbang yang diperbuat daripada kayu balak.
Apa yang menarik kat sini ye? Selain daripada permandangan yang mengagumkan, ada kolam yang menempatkan spesis itik dan burung undan di sini.
Koloni itik berkumpul kat sini.
Spesis bunga morning glory melatari pintu gerbang kawasan tinjau di sini. Cantik sangat.
Pelantar ni lar kawasan meninjau spesis itik dan burung undan. Ada tempat duduk kat sini.
Burung undan ni bergerak dalam kumpulan. Sesekali bersama-sama memasukkan kepala dalam air. Uniknya. Hendak mencari ikan agaknya.
Kawasan menara tinjau di sini diperbuat daripada besi dan lantainya daripada kayu. Kaki me dah seakan tak boleh bergerak dah sebab me takut tinggi. Hubby ajer ke menara yang tertinggi. Me dan Dania menara kedua tertinggi ajer.
Kawasan wetland ni memang luas. Ada kawasan yang boleh mengadakan perkhemahan atau private function. Kolam burung flamingo ni menarik hati me. Sayangnya nak melihat burung ni agak jauh. Burung flamingo ni berwarna merah jambu.
Spesis itik mandarin juga ada di sini. Me nampak 3 ekor ajer.
Kelihatan macam rumah comel kat sini. Fungsinya untuk apa me pun tak tahu.
Sempat mengambil gambar pokok kat sini. Unik kan? Macam spesis buah beri.
Dan pokok ni pula mengeluarkan buah berwarna kuning jingga.
Kulit kayu pokok ni pula berwarna merah.
You alls datang la sini. Kawasan yang luas selain menghargai keindahan flora dan fauna, tempat yang sesuai untuk berPhotog giteww....