Wednesday, May 30

Sri Pintar Al Amin ke Kidzania

Boleh pulak berebut nak duduk tepi tingkap ngan kawannya....akhirnya Dania dapat duduk tepi tingkap. Ishhh sape ajar berebut ni???

Beratur sebelum masuk Kidzania. Baju pakai baju sukan tu yang warna-warni budak2 ni. Ikut warna rumah masing2. 

Dania seorang ahli bomba

Dania seorang jururawat

Beratur kat sini, i thought jadi pilot.....rupanya jadi pramugari.....erkkkk......

Dania seorang ahli paramedik

Dania seorang anggota polis sedang menyelesaikan kes....hehehe

Dania nak try memanjat bangunan tetapi ya.........tinggi sangat dania panjat. Tak sampai tinggi pintu tu pun...hehehehe....

Kat Kolej ni Dania ambik ijazah dalam Kesihatan. Hehehe..... Dania dapat gelaran Dr. Dania

Kolej Kidzania

Masa i nak pergi hantar Dania ke sekolah pada 24 Mei 2012, kawan2 sekolah dah berkumpul dah. I dan Dania baru terhegeh nak gi beratur. I bagi Dania ikut bas sekolah. I pulak menyibuk nak ikut naik kereta sendiri. Lagi selesa naik kereta sendiri dari naik bas sekolah. I tak nak Dania tak selesa kalau i ada. Bagilah dier friend friend dengan kengkawan dier. 

I park dekat The Curve lepas tu seberang jalan nak ke Kidzania. Sambil2 budak2 beratur tu, i siap beli 1 ticket untuk i. Kalau kita masuk seorang tanpa kanak2 kita tak boleh masuk Kidzania tau. So i kata i ikut anak i rombongan dari Sekolah Sri Pintar Al Amin. Kena bayar RM35 untuk seorang dewasa. 

First location, berlari lari anak ke balai bomba. I memang dah target since school trip, dapat masuk pukul 9.00am lagi. So yay!!! Dania dapat jadi la ahli bomba :-). Siap naik kenderaan bomba ni lagi. Lepas tu banyak lagi Dania main pekerjaan. Leh tengok gambar2 kat atas tu. I siap jadi 'cikgu' buat kawan2 Dania. Bawak mereka ke sana ke sini. Berlari-lari. Perghhhh budak2 ni aktif hokkay.....pastu sebab i ikut, kawan2 Dania selalu suruh Dania beratur kat depan sekali...hehehe....i tak suruh yer....bebudak ni kasi chance kot. Yang i nampak, hari ni tak ramai orang perseorangan yang datang. Kebanyakkannya school trip. Not so packed macam the first time i datang. Hari ni Dania boleh main kat 7 tempat. :-)

Time balik, Dania ikut i. Sebelum balik, makan dulu kat McD The Curve :-) Hari yang memenatkan tapi menyeronokkan. I pun tumpang seronok kalau Dania seronok.......after all Kidzania untuk budak2 bergembira ye dok?....mak mak haruslah banyak2 bersabar untuk menunggu yer?....hehehe...

5 comments:

  1. bess ye......x sabo nak bawak anak :D

    ReplyDelete
  2. menarik tp tula bole tahan mhl gk nk msk sini kn...tp okla bdk2 leh explore dunia pekerjaan

    ReplyDelete
  3. bestnye... one day nnt nk bawak damia gi situ gak la... sekolah damia belum buat field trip lagi thn ni... kalo buat g kidzania pun sure best kan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails