Sabtu, Mac 31
Khamis, Mac 29
Sederhana itu indah
Sambutan hari jadi hubby sangat sederhana sebab jatuh hari kerja. Ini first time i baru beli hadiah on the day. Selalunya tahun2 sebelumnya i dah prepare awal2. Bukan apa, last week dan this week i terkena cirit birit. Actually baru nak baik je terkena balik. Weekend baru ni i balik kg hubby di Kedah sebab ada kenduri kahwin anak sedara i. Entah apa la yang i makan. Atau air? Ehm........tak dan badan nak recover.....terkena balik. Letih badan i ni lar.......
I gi IOI Mall Puchong je nak beli present hubby. Idea langsung takde nak beli apa. Akhirnya i beli perfume Hugo Boss dan deodorant spray Hugo Boss. Suka juga i bau Hugo Boss ni. Tak la kuat sangat macam bau perfume man yang keras tu. Ishhhh.....masa nak bayar, ada masalah pulak ngan machine card. Akhirnya machine card debit Maybank go through. Makan dulu kat McD then terus ambik Dania ke school. I terperasan yang i terima Stan Chart punya message kat phone kata i ada beli perfume. Adehhhh.....JJ double charge la ni. Lepas ambik Dania terus i ke IOI balik. Haishhhhh jalan jam la orang sibuk balik kerja. Lepas settle ngan PIC JJ pasal double charge ni, me and Dania tapau Pizza. I ada voucher RM10 (dapat dari isi survey Ayamas) terus redeem la beli Pizza Super Supreme, 2 soup dan 1 bread stick. Kena tambah RM20++ ajer. Janji RM10 dah free. Hehehe. Sambil tunggu take away minum ice lemon tea dan Dania makan single scoop ice cream strawberry.
Pizza Hut
Beli deodorant spray dan perfume dapat bag Hugo Boss dan shower gel
*****kalau machine card rosak, pastikan kita check dengan bank kita samada pembelian kita dah charge atau tak. Kalau double charge tak ke haru??? Dulu i pernah ada kes kat Fareeda The Mall. Derang charge 2x. Terus i mintak refund. Kita kan ada hak pengguna. Pekerja bangsa asing tu sibuk nak soh i ambik 2 tudung....amboiiiii nak senang kerja dia lettew. Akhirnya i dapat cash harga tudung tu. Yang satu lagi bayar pakai card
Rabu, Mac 28
Makan Time - Aroma Ikan Bakar Jeram
17 Mac yang lalu, we alls sekeluarga ke Jeram. Nak menikmati ikan bakar di tepi pantai Jeram. Excited juga nak ke sini since kat kepala i, i teringin nak merasa mentarang. Perjalanan dengan berpandukan GPS, mengambil masa 45 minit dari rumah i. Tiba Aroma Ikan Bakar jam 6pm tetapi masa we alls tiba tu takde tempat kosong. Memang fully booked. Terpaksa menebeng tunggu orang yang dah habis makan. Akhirnya ada jugak tempat kosong untuk we alls. Dalam pukul 7.00pm ++ order makanan. Sistem kat sini kena order nasi dan minuman dulu berpandukan nombor meja kita. Kemudian baru beratur untuk order seafood. Hubby order ketam 2 ekor masak cili, kerang bakar dan udang masak mentega di samping sayur kailan ikan masin.
Selasa, Mac 27
Kidzania Kuala Lumpur
Masa cuti sekolah baru2 ni, i ada bawak Dania pergi Kidzania. We alls parking kat The Curve. Tiba Kidzania pukul 11 pagi. Masa we alls pergi tu ada 2 slot. Kira i masuk untuk slot pagi la. 10am - 3pm. Harga tiket RM55 untuk kanak2 dan RM35 untuk orang dewasa. Teruja jugak tengok kaunter tiket seperti kaunter tiket Air Asia di lapangan terbang.
Dapat boarding pass terus ke tingkat 5. Kena scan dulu boarding pass sebelum dapat masuk ke Kidzania. Kena tukar duit kidzos dulu di CIMB sebelum nak main tau. Ada tempat akan dapat gaji selepas bermain dan ada tempat kena bayar kidzos untuk bermain macam Marry Brown. Tempat first we alls cari hospital sebab Dania nak jadi jururawat dan jaga baby. Krew Wanita Hari Ini pun buat rancangan WHI khas dari Kidzania Kuala Lumpur.
Ramainya orang cuti2 sekolah ni. Dapat main cuma 3 pekerjaan sebab line beratur sangat panjang dan kebanyakkan pekerjaan tutup pukul 2pm padahal sepatutnya tutup jam 3pm. Ramai juga ibu bapa yang tak puas hati temasuklah me.
Makanan kat dalam tu mahal. Walaupun dah breakfast sebelum pergi, lama2 menunggu ni buat lapar je. Beli fries + mineral water = RM12 perghhhh mahal ya amat. Nak mengisi perut ajer ni. Lepas dah tutup session pagi ni terus je melaju ke McD The Curve untuk makan tengahari.
Masa naik escalator bagai pesawat Air Asia kat atas we alls
Hos Wanita Hari Ini, Teh Syuhada dan Rina
Ramai juga kanak-kanak yang nak jadi posmen.
Dania sedang mendengar penerangan nak jaga baby. Mereka ni kononnya bekerja sebagai seorang nurse di Nursery Hospital KPJ
Mendengar penerangan nak menyediakan burger di Marry Brown. Akhirnya burger yang mereka buat, mereka akan dapat bawa balik.
Terasa i sangatlah pendek berbanding pengacara Wanita Hari Ini, Teh Syuhada dan Rina.
Setiap jam, staff Kidzania akan menari diiringi muzik tema Kidzania
Bakal Da Vincci sedang sibuk melukis. Dania tuuuuuu kat hujung tu. Kat sini ibu bapa tak dibenarkan masuk.
*****di akhir lawatan ke Kidzania, ada gambar2 anak kita yang sedang beraktiviti yang boleh dibeli dengan harga RM50 size 6R untuk 3 keping gambar.
*****moral of the story, musim cuti sekolah Kidzania penuh gila. Elakkan pergi masa cuti sekolah.
Rabu, Mac 21
From Taiping with love Day 2
Ni i nak sambung entry Taiping i tu. Pagi tu, we alls breakfast kat coffee house resort ni. Wahhhhhh.....i cari port terbaik. Betul2 menghadap padang golf. Breakfast ni untuk i dan hubby je. Dania kena bayar asing. Menariknya coffee house kat sini diiktiraf halal oleh Jakim. So tak ragu2 nak makan kat sini.
Terer tak i pilih meja??? perasan la weiiii
View yang sangat indah hokkay....
Deko kat tempat ambik makanan
Cantik sangat!!!
Coffee House
Adik Da dah sampai sini. Hari ni dapat esok zoom ke Taiping yer....hehehe
***credit facebook page cikgu Dania
Selepas breakfast jalan2 jap kat luar area resort ni. Hajat di hati nak pergi air terjun dekat kawasan kg. Omanghaiiii jalan agak sempit pastu air terjun tu ada tanda amaran penyakit berjangkit. Ohhh terus we alls cancel dan balik ke resort. Rehat2 dulu sebelum bertolak ke Padang Rengas nak menghadiri kenduri kahwin cikgu BM Dania. We alls check out dalam pukul 11 pagi.
We alls tiba kat rumah pengantin kat Padang Rengas lebih kurang pukul 12 tengahari. Memang perut pun mintak diisi. Hehehehe...... Lepas makan, Dania and me masuk bilik pengantin dan sempat berborak jap dengan cikgu Dania sebelum meneruskan perjalanan ke rumah mak sedara i kat Ipoh. We alls tiba rumah we alls jam 10 malam.
Khemah dengan tema hijau....tetiba terngiang ngiang lagu Zainal Abidin :: Hijau tapi seriously warna hijau mendamaikan....
Kreatif juga cikgu Dania ni yer....amboiii terer gubah yer?? Dulu pun masa i kahwin i gubah sendiri jer...tema i purple....dulu,kini dan selamanya purple....hehehe
***credit facebook page cikgu Dania
Semoga berbahagia dan kekal sehingga ke syurga yer buat Noor Fatahiyyah dan pasangannya.
Selasa, Mac 20
Wan Hazim :: kisahnya menjadi bualan
I terserempak dengan Wan Hazim, budak sekolah Dania yang hilang dari rumah baru2 ini. I cam bila tengok mukanya. Tanya Dania dia kata ye kot. Malu malu la pulak. I siap cakap Hi Hazim. Wahhhh glam budak ni. Bila tiba atas, I terdengar 2-3 budak sekolah cakap eh macamana ko gi highway?. Derang tanya Wan Hazim. Pastu masa nak masuk kelas Dania, i terdengar rakan sekelas Wan Hazim dok gossip kata nampak muka Wan Hazim kat dalam paper. Bukan sekolah je, staff MPSJ pun tau jugak. Nampaknya minggu ni cerita Wan Hazim ler...
****moga kita semua dilindungi dari perkara yang tak elok.....
Sabtu, Mac 17
IPad 2 surprise dari Unilever
Pada pagi Jumaat yang indah tu, me and Dania tengah basuh kereta yang banyak paw prints kucing Dania (Bubble Dot Cutie). Tetiba, ada call masuk kata. Cik Ezna, saya nak hantar Ipek. Pada mulanya i dengar Ipek. Hah? IPek untuk sape? Ezna Ahmad Khalili la. Dalam hati i eh nama sendiri. I tanya dari mana? Dia kata Unilever. Alaaaa akak tengah basuh kereta la. Takpe nanti akak balik rumah. Padahal i rasa mana nak sempat sebab 20 minit lagi dia nak sampai. Dah la kereta i baru dilumur sabun. Akhirnya i call hubby soh tunggu rumah. Nasib la hubby based kat office yang dekat rumah je yang kebetulan nak pergi solat Jumaat. Kalau dulu kat M*S haru plak nak soh balik all the way dari Terminal 3 Subang tu. Memang surprise sungguh la. Unilever ni tak bagi surat ke haper ke call ke. I tengok kat print out delivery order.
I guess contest yang i masuk Unilever ni. I remember shopping Comfort Ultra, Sunlight, Lipton untuk masuk contest ni. Right before i terbang ke Padang Indonesia last year. I hantar 2 borang ajer. Teh Lipton ni pun masih banyak lagi stoknya. Hehehe....
Mengikut borang contest Suzz ni, i menang 3rd Prize.
***Credit blog Suzz
*****memang surprise sunggu Unilever ni.
*****Dania kata Ipad lama Dania punya. IPad baru ummi punya. Kemain ye si kenit ni yer...
Jumaat, Mac 16
Kemenangan comel
Tengok tajuk kemenangan comel. Apa yang comel eh? Tak kose mak, bukan mak yang comel tapi tengok la hadiah yang dimenangi dari Tourism of Malaysia. I dapat patung budak perempuan India beserta dengan beg yang comel. Sebenarnya tak ingat pun pernah join Tourism of Malaysia ni. Nampak ramai kawan me kat fb dah dapat hadiah ni.
Kalendar comel tu pulak dari Emila Yusof. Kak Emila lukis tau. Setiap bulan tu ada lukisan yang sangat comel. Thanks Kak Emila. I menang sempena 10 pengomen yang tertinggi bulan Januari 2012. Tu, header kat atas tu Kak Emila yang draw.
So...i sangat bersyukur dengan hadiah2 yang comel ni. So, harap2 lepas ni dapat hadiah yang 'bapak' comel pulak.
Khamis, Mac 15
Zoo Taiping Night Safari
Lepas makan kat Mak Jah (di entry sebelum ni), singgah pulak Night Safari. Kalau duduk Seri Malaysia dekat sangat dengan zoo taiping ni. Ramai jugak nak gi Night Safari cuti2 school ni. Tiket berharga RM10 untuk kanak2 dan RM16 untuk orang dewasa.
Mereka yang nak naik tram haruslah beratur. Line kemain panjang. Nak jalan kaki pun boleh lagi adventure tapi sanggup ke jalan kaki dengan lampu malap2 je tu. Kalau siang ok la kan. Ada 1 insiden kelakar i tanya staff zoo tu.
Me : Beratur ni nak tunggu ketapi ke?
Staff zoo : Tak tapi tunggu train....
Err ketapi tu bukan train ke? So tunggu la kami ni train. Hehehe. Bila line panjang sangat, time nak naik train tu, kelam kabut. Takde sape tunggu depan nak naik train mengakibatkan, yang beratur belakang berebut-rebut nak naik train jugak sampai staff zoo yang bawak train tu marah marah kata 'kita kenalah pandai jaga diri sendiri'. Hallo cik abang....knowing orang Malaysia yang selalu tak berdisiplin bab bab ni kena la ada orang tunggu sebelum naik train tu untuk mengawal situasi. Ni ada yang beratur depan sama ngan i tak dapat naik masa we alls naik train tu. Pity sungguh family tu. Pastu plak train tu datang dekat dengan pintu nak naik train tu, dengan budak2 dan orang dewasa ada berdekatan situ. Kalau terlanggar anak orang i tak tahu la macamana lak tu.
Kawasan zoo ni agak luas tapi ada jugak haiwan2 yang tak berapa clear nampak sebab train bergerak. Susah plak nak mengamati haiwan2 pada waktu malam. Ke i je yang tak nampak sebab ayah Dania dan Dania nampak je haiwan2 tu. Haiwan paling cantik bagi i ialah swan berwarna putih yang berenang kat tasik. Macam glow in the dark swan tu.
Menarik juga pengalaman Night Safari di Zoo Taiping.
Dania dengan patung Rhino
Gambar ni Dania dengan aksi nakal. Dania kata dia korek hidung gorilla boleh?
Berjanggut tunggu tram kat sini haishhhh
Tram tengah jalan la ni
Haiwan pe tah tergantung kat kayu ni
Pak belang tengah relax
Kuda belang dan Zirafah
Gajah yang dok menggeleng geleng kepalanya....nak tidur gamaknya
Dah habis melawat zoo haus la pulak.....singgah mamak kat Tepen ni. Ayah Dania pekena whottiiii canai. I tumpang sekaki jer...Hehehe...i pekena teh o suam jer.
Rabu, Mac 14
Makan Time - Mee udang Mak Jah Kuala Sepetang
Haa.....ambik sanggup meredah banjir untuk makan mee udang punya pasal. Agak menyeramkan kerana ada 3 kawasan, air sangat deras naik kat jalanraya. Rumah2 pun ditenggelami air. Tiba kat satu spot tu, banyak kereta plet W yang hubby agak mungkin nak makan mee udang Kuala Sepetang patah balik. We alls meneruskan perjalanan. I cakap kat hubby, kalau hujan masa tengah makan, kena terus balik takut we alls stranded tak dapat balik lagi la haru.
Mee Udang Mak Jah ni rupanya mee bandung yang diletakkan udang. Sebab i hantu udang so i pilih yang special. Hubby mee udang biasa je. Mee udang i ada 6 udang yang besar. Hubby punya udang sederhana tapi banyak jugak udangnya. Dania makan nasi putih dan telur goreng. I bagi kuah mee bandung i dan udang besar gedabak i. Not bad jugak rasanya yer.....Nyummmmms....total bil dalam RM20++ termasuk air (kopi panas 1, sirap 1 dan teh o panas 1). Harganya taraf bandar pulak i rasa.
Kalau GPS Papago, mee udang mak jah takde cuma ada mee udang mak teh. So, pengguna GPS Papago, terus je lagi selepas mee udang mak teh yer. Tak jauh mana pun. Masa nak balik dalam pukul 8.00pm, kawasan sekitar mee udang mak jah ni gelap sebab takde lampu jalan. Nasib la bila nak balik tu banjir agak surut. Selamat kami tiba ke resort penginapan kami. Alhamdulilah.
Rumah ditenggelami air
Kalau tengok orang ni redah air dalam paras betis
Air belah kanan dah naik tinggi
Akhirnya tiba juga kami kat sini
Kedai Mak Jah ni biasa je
Ada juga tempat makan bersila
Ada tergantung keratan akhbar mee udang Mak Jah
Mee udang biasa RM7
Mee udang special RM11
Mee Udang Mak Jah terletak kat tepi jalan
****Kalau gi mana2 me and hubby suka cari keistimewaan makanan kat area tu. Mesti kami terjah dan jugak tempat2 menarik untuk dilawati....
From Taiping with love Day 1
Reception
Lobby area ni berdekatan dengan swimming pool
Bilik kami ni menghadap bukit
Menghadap bukit dan hutan
I ada shout di facebook nak tanya hotel atau resort di Taiping. Ramai yang reply. I ada google tapi nama Taiping Golf Resort naik dulu. I ada tanya2 Seri Malaysia Taiping fully booked, Flemington yang menghadap Tasik Taiping pun fully booked. I call Taiping Golf Resort ada kosong. Alhamdulilah. Terus booked bilik menghadap bukit. Resort staff ni sibuk suruh i menghadap golf resort sebab cantik. Akhirnya menghadap bukit jugak i pilih. I call pun masa tu 2-3 hari sebelum pergi Taiping. Ok jugak la hotel kat sini. Wait till u see breakfast kat tepi golf resort keesokannya kami di sini.
On the way to Taiping memang ada nampak signboard Kuala Sepetang. Wahhh i cakap kat hubby kata Mee Udang Kuala Sepetang memang pernah my cousin Che In makan kat sini. Che In kata makan kat mee udang Mak Jah. So, lepas mandi, rest, solat. Kami mulakan perjalanan kami ke Kuala Sepetang. Dalam 20++km dari Taiping Golf Resort.
Mee Udang Kuala Sepetang Mak Jah akan menyusul back to back entry yer.....tunggu.............