Selasa, Januari 31

Bunga di taman larangan

Perghhhh tajuk tu takde kena mengena sangat dengan entry ni. Kan i ada cakap nak wat posting Bawal Aidijuma yang i beli kat Karnival Karangkraf kan.... Ni ha.....


Tudung bawal warna hitam dengan bunga tampal yang berwarna warni di tepi tudung . Suit lah baju warna apa pun. Yang nyata harganya tak lah sampai macam Tudung Fareeda nun...hehehe....


Kanak Kanak & Ombak Rindu

Kisah 1

Anak saudara i Sofiah bercerita dengan bibik mama i.....

Sofiah : Bibik dah tengok Ombak Rindu?
Bibik : Bibik tak tengok lagi.
Sofiah : Takut tau......ada hantu. 

Hehehe.......hantu apanyer Sofiah? Nampak sangat tak tengok Ombak Rindu lagi. Kot tengok citer hantu Ombak lain kot??? Hehehe...

******************************

Kisah 2

Hubby terdengar kanak2 ni bercerita ngan kawannya kat pool di Cherating. 

Kanak2 A : Awak dah tengok ombak rindu?
Kanak2 B : Belum.
Kanak2 A : Best tau. 

Amboii budak2 zaman sekarang.....kemain yer....Ombak Rindu rasanyer tak berapa sesuai untuk ditonton oleh kanak2 sebab ada unsur unsur 18SX.

Isnin, Januari 30

Jumpa 2 personaliti di Karnival Karangkraf

I memang teringin nak pergi Karnival Karangkraf ni. Tapi ikut jugak kalau i rajin. Dalam pukul 11 lebih, lepas lunch dekat Seksyen 7, me pun ke sini. Kereta dah bersesak parking kiri kanan jalan tu. Jalan agak jam jugak. Akhirnya hubby turunkan i dan Dania dulu sementara cari parking.

 Pintu gerbang ke Karnival Karangkraf

Jalan punya jalan, ternampak Kak Shahriah Masterchef kat booth ni. Terus i panggil Kak Shahriah nak  ajak ambik gambar. Kak Shahriah ni kan Novelis. Peramah jugak Kak Shahriah nak suruh join fan club dier.

Me, Dania dan Kak Shahriah Masterchef 

Lepas tu jalan2 lagi. I nak cari booth Aidijuma dan nak jumpa Norjuma yang katanya datang pukul 11.00am. Ini sebab kuat i nak datang Karnival ni. I ternampak Norjuma kat booth Keluarga. Melaju je Norjuma kata akak dari mana?. Bila cakap dari Bukit Jalil, terus dia kata sesak la sebab malam ni juara lagu. Hehehe. I kata lupa pulak patut Datin Norjuma. Dia kata alahhhh takpe. Down to earth gak Juma ni.  

 Banyak gerai kat sini

Datin Norjuma and Me. Juma sangat cantik...

Di booth ni, i terbeli 1 tudung bawal. Nanti la i buat posting lain. 

Booth Aidijuma 

Kat sini, Dania cari novel dier. Ada potongan harga. Harga asal dalam RM12.90, dapat harga RM9.00 je. So, line beraturnya amatlah panjang. Orang lain borong banyak gila novel dan buku2. I ambik 1 je.  

 Cashier nak bayar novel Dania...perghhhh panjang giler...

Don't play play ah....tajuk novel Dania, Jutawan.......Nasi Lemak...hehehe 

Sementara ayah Dania yang ditugaskan beratur bayar novel Dania, Ummi dan Dania ke bouncy castle. I rasa idea yang baik Karangkraf meletak bouncy castle ni untuk mengelakkan anak2 boring menunggu ibu bapa yang memborong novel2. 

Happy Dania main kat bouncy castle ni 

Terjumpa AA dalam gambar je... 

Kami dah kehausan sebab cuaca cukup panas terik. Jadinya cafe dalam bangunan Karangkraf adalah idea yang bagus sebab kat luar sangat panas oh.......Warung Kopi Che Amah......

Cafe kat Karangkraf 

I dapat magz libur ni sebab dapat jawab soalan yang dikemukakan oleh emcee di pentas utama. So since i pun lalu kat tempat dia tanya tu, i angkat le tangan sebab takde sape yang nak menjawab pun. Soalannya apakah cogankata kereta klasik yang dipamerkan kat situ? Makin Tua Makin............kalau ikut logik jawapannya sure Menjadi kan? I jawab la Makin Tua, Makin Menjadi. Jawapannya betul.....hehehe...padahal i tak tau pun itu cogankatanya. Jawab je. 

Magz Libur sebab i dapat jawab soalan.....hehehe 

Ni ambik gambar masa nak balik. Unik plak cam cat tu tengok Dania minum.....

 Gambar cat tengok Dania minum...



Ahad, Januari 29

Junior

Rambang mata tengok baju baby kat Baby Gap. Yang takde baby pun melebih. I bought 1 baby romper dan topi untuk Zharif Jr. I rasa baju baby girl lagi banyak choice dan comel2 la compare dengan baby boy. 

I panggil Zharif Jr sebab ni baby adik i Elza. Nama anak sulung Zharif. Kira ni adik Zharif la. Anak saudara i ni bakal menjenguk i bulan Februari ni. Tak lama lagi kan..... 

Dulu, masa Dania kecik2 i suka beli baju kat Hallmark tapi sekarang Hallmark ni tak nampak pulak kedainya. Baju Hallmark ni agak pricey tapi tahan lama. Berbaloi membelinya.

Topi beary ni cute je sebab kecik je sizenya....

Romper star ni warna natural. Scan boy tapi takut lain pulak so i bought warna ni lah.

Sabtu, Januari 28

Starring : Dania Yasmine

Ni lah antara pakej bergambar di Barbie Studio yang Dania dapat. Album + Frame + CD. Semua ni dimasukkan di dalam paper bag Barbie yang comel. Kalau you alls berminat nak potretkan anak kat Barbie Store, boleh tengok info kat fb Barbie Store Malaysia di SINI

Bukan anak perempuan je yer. Anak lelaki pun boleh. Pakai tux lagi tu. 

Cover dalam album Barbie

Album Barbie

Frame gambar, album dan CD

Ni lah antara gambar dalam album ni

Sehari di Midvalley

Lepas hantar Dania di school, i breakfast dulu dalam bangunan Kompleks 3C tu. Lepas tu pergi ke Glenmarie nak pasang lampu baru untuk kete Skoda i. Masa tiba, happy le kengkononnya sebab kete macam tak banyak. Rupanyer guard kat situ cakap Pusat Service tutup daaaa......I fikir2 nak pergi mana ye jalan2? Ingat nak pergi Karnival Karangkraf sebab dah ada kat Shah Alam. Akhirnya menderu......ke Mid Valley since gambar Barbie Dania dah siap sebelum Chinese New Year. 

Khamis, Januari 26

Bestnyer ada helper

Ikan Siakap 3 rasa

Syoknya la bila ada helper dekat rumah. Sebelum ni memang tak pernah ada pun. Kebetulan my mum kan ada bibik untuk jaga my mum so lepas balik Cherating, my mum tinggal rumah i. So, bibik ni la yang masak, kemas rumah, sapu laman. Fuhhhh......lega sungguh bila ada helper di rumah. Raudah ni memang rajin sesangatnyer. Untunglah majikan Raudah ni. Memang tak tahu duduk diam.

Semalam, me suruh bibik ni masak ikan siakap 3 rasa. I beli bahan2 mentah. Siakap yang i beli sederhana. RM15.20 seekor. Rasanya sangatlah sedap. Itupun kurang 2 bahan. Cuka dan tepung jagung. Apatah lagi air tangan bibik ni not bad jugak tau. I ni kalau orang masak i berselera nak makan. Kalau kita yang masak, makan sederhana je la.



*****Thanks Raudah....masak sedap2. Hari ni i nak hantar rumah adik i dah. Huhuhu.....

Rabu, Januari 25

CBR - Cepat / Besar / Rempit

Motor hubby sebelum ni motor skuter Modenas. Skuter tu lah dibawa pergi kerja. Selama 3 tahun banyak berjasa, akhirnya hubby trade in motor skuter ni untuk motor lain pula.

Skuter Modenas

Ni lah motor yang baru berjasa buat hubby. Motor Honda CBR 250 cc. Rekaan sporty, tempat pembonceng kat belakang senget kata Dania. Dania beriya kata tak suka ayah tukar motor sebab warna motor baru tak cantik. Hehehe. Me pulak kata nak bonceng belakang tunggu beli jacket jeans. Saje je....tapi i memang naik motor gayat bab bab lalu menyelit tepi kereta tu.

Anyway, selamat dah hubby i test power bawak balik Kedah. Hari we alls tiba rumah dari Cherating terus petang tu juga naik motor ke Kedah. Sempat la i pesan jangan bawak laju2. Kesiah hubby, dah penat drive dari Cherating -->> KL, kena pulak bawak motor dari KL -->> Kedah.

Ni la motor hubby warna silver

Photo taken from HERE


Hubby i memang minat motor. Tak hairanlah my hubby minat MotoGP berbanding F1.


*****Harap2 lepas ni ada rezeki boleh beli kereta pulak....kalau paling best dapat hadiah kereta dalam contest....free jer...

Selasa, Januari 24

3d 2n @ Cherating, Pahang

Masa nak bertolak ke Cherating tu on 21 Jan 2012, traffic boleh tahan jugak jam tapi bukanlah sampai bumper to bumper. Traffic bergerak jugak cuma perlahanlah. Masa berhenti kat Petronas besar kat Karak tu, ramainya orang. Bukan jam kat jalan je. Jam kat toilet pun. So, i tak jadi nak guna toilet. Tu can wait la....beli sikit2 makanan untuk kudap dalam kereta. Lepas tu teruskan perjalanan ke Cherating. Kat LPT, singgah makan malam. Makan ikan baung masak tempoyak, sayur dan ikan patin masak tempoyak. Tu pasal my friend suruh try ikan baung katanya sedap. Personally i suka ikan patin lagi sebab ikan baung banyak lendir + lemak. Tiba hotel Legend Resort pukul 9pm.

Masa nak check in kat Legend Resort, my room ada masalah sikit so they decided to tukar our room ke bilik lain. Bilik my mom dan bibik dah settle dah. Bila tengok bilik we alls yang tak kemas lagi, rasa menyirap gak darah. Lepas tu bell boy call reception untuk tukar lagi our room. Kali ni our room selang sebuah dari my mom. Bilik we alls katil queen. Bilik mama and Raudah katil single ada dua. 

So as usual, i susah jugak nak tidur since tempat baru. Akhirnya terlena jugak.


Bilik we alls ni agak luas...

Lepas breakfast kat hotel, we alls ke swimming pool. Me and Dania je yang mandi. Last2 bibik pun join in. Nenek tunggu kat tepi. Hubby pulak sibuk snap photo sana sini. 

Di kejauhan kelihatan bukit bukau

Cantik sangat gambar pool ni 

Aktiviti lasak di tepi laut

Dania syok sangat mandi pool

Lepas mandi pool, siap siap naik masuk bilik terus mandi sebelum buat aktiviti ni pulak....

We alls semua buat aktiviti mewarna batik. Dania, me, mama dan bibik Raudah.

Ni lah batik yang we alls warna tu. Satu batik ni RM20.

Sementara i lepak kat dalam bilik, Dania dan ayahnya pergi buat aktiviti sand art pulak. Dania memang suka aktiviti gini pun....Kenalah RM4.


Dania tekun buat sand art. Gambar yang dipilih, angry bird hitam. Motifnya : Sebab ummi kan suka angry bird hitam. Err i rasa takde kena mengena pun dengan i...hehehe....

Lepas makan tengahari, me, hubby dan dania pergi River Cruise di sepanjang paya bakau untuk melihat paya bakau serta hidupan liar sekitarnya. 

Sepanjang i kat sungai Cherating tu terasa macam kat dalam cerita Anakonda you alls.....terbayang Anakonda yang melilit lilit kat pokok dan dalam sungai. 
Ni lah jeti tempat we alls naik bot...

Dania dan ayahnya

Ni terasa macam dalam cerita Anakonda. Serius!!!! Dengan daun daun kat atas we alls. Kalaulah ada u_ _ _ .....tidur kat daun2 tu, tak ke haru. Mata i dok meliar kat atas jer.....
You alls ada berani???

 Ni antara ular yang dijumpai. Nama ular ni Katam Tebu. Mungkin rupa tebu agaknyer ya....

Unik sangat pokok2 bakau yang dah mati ni....

River Cruise ni mengambil masa 1 jam 30 minit. 1/2 jam terakhir i dah cam boring sebab jumpa 3 ekor ular spesis sama iaitu Katam Tebu, burung dan kera warna hitam. I tak pernah tengok lagi spesis kera yang warna hitam dan cuma nampak gigi putih je. 

Balik je we alls terus tukar baju untuk main pasir kat pantai.   

Castle Dania dalam proses...

Mula2 nak ambik air untuk buat castle...last last syok pulak main air yer... 

Anak dan ayah gigih menyiapkan sand castle

Taraaa.....ni lah sand castle Dania...sekali tengok cam castle apa tah ni...

Isnin, Januari 23

Cuti Cuti Cherating




Ni antara gambar cuti2 Cherating. Cerita selanjutnya esok cos i pun baru je tiba dari Cherating :-) 

Sabtu, Januari 21

Bercuti bersama yang tersayang ke Cherating

Di saat ini, pukul 12.19 tengahari me and family tak gerak2 lagi ke Cherating. Harap2 tak jam la kat Karak tu. You alls kemana long holiday ni???

Selamat Bercuti Panjang ye you alls......

Jumaat, Januari 20

Hadiah yang ditunggu tiba akhirnya....

Bila bunyi orang petik loceng, i dah mula gelabah nak pakai tudung dan pakaian yang sesuai. Pastu dia petik loceng lagi. Grrrr....tak sabar sungguh. Bila keluar, ada parcel for me. Dari sapelah agaknyer yer....

Parcel me yang agak berat ini....

Rupanya isinya adalah.......................Corningware Sakura yang i menang dari World Kitchen Asia. Yay! Ada 1 koleksi Corningware. Kena tambah koleksi nanti ni. I memang tak pernah ada koleksi Corningware ni. Berat rupanya yer...kalau Corelle ringan je. Syukur di atas rezeki me ini.  Terus i merasmikan masak sup cendawan.




****Hadiah barangan kaca ni tiba dengan selamatnya ke tangan i tanpa ada cacat celanya. Fuhhh...boleh tarik nafas lega. 

Khamis, Januari 19

Ngarku?

Dania yang rajin tolong ummi ambik barang2 kat Giant nih...

Alang alang ke Giant kecik Kelana Jaya, sebab kat Kelana Jaya ada Giant kecik dan Giant besar. I cari le kot kot ada buah Ngarku ni. Tetiba, nampak sejenis buah ni. Nampak macam buah Ngarku yang blogger dok update tuh. Tetiba bila tengok nama, Arrow Head. Akhirnya i gi tanya sorang Cina ni. Sah buah ni buah Ngarku. So, i belilah 1 pek. Harga sebab Giant nak habiskan stok, 1kg ni RM2 je. Harga asal dalam RM4++. Buah ni sekali tengok macam bawang putih kan?. Bila potong macam sengkuang. Rasa lepas goreng macam ubi.

You alls dah try goreng Ngarku ni???

Barbie for a day!


My Dania Yasmine

Ni lah gambar Dania yang i cilok dari facebook Barbie Store. Gambar Dania tak boleh ambik lagi. Gambar Yana anak Ayu dah siap dah. Person in charge kata frame tak tiba lagi. So, merasalah Dania jadi Barbie for a day ye. Lepas tu back to reality.

Rabu, Januari 18

Pengorbanan untuk rumah yang dibeli

Kalau kita dah beli rumah sendiri, kena spend duit sikit untuk menukar hakmilik dari pemaju ke nama kita. So, hari Isnin me and hubby kena sama2 sign document tukar hakmilik ni kat lawyer office di Pandan Indah. Jalan MRR2 masa we alls ke sana tak jam. Selalu MRR2 ni mana ada clear highwaynya. Dah habis keluarkan RMX,XXX. Itupun i mintak discount. Akhirnya dapat discount sebanyak RM400. Jadilah daripada takde langsung kan. Kalau tangguh2 ambik, interest cost tukar hakmilik akan makin naik. We alls kena sign dan initial untuk 4 copies of document and i tak la baca. Even kalau baca pun law terms tu.  Dah settle with the docs, kena pergi ke office pemaju untuk membayar transfer fees pulak. Kalau transfer fees tak bayar, docs yang we alls sign tadi tak akan dihantar ke pejabat tanah. Kalau tak hantar ke pejabat tanah, our bank tak akan release-kan loan ke pemaju. See??? dominos effect tu. Nak tak nak terpaksalah bayar. Transfer fees pemaju RMXXX. Lepas tu kena settle-kan pasal quit rent pulak. One shot kena bayar itu ini. Kalau keluasan rumah tu besar, lagilah kena bayar lebih.

You alls dah settle dah pindah milik dari pemaju kepada nama u alls?. Selagi tak habis bayar kat bank, rumah kita ni akan dicagarkan kepada bank. Pulak tu status hak milik yang i buat ni mengambil masa 6 bulan atau lebih untuk dipindahmilik. Lamanya.....

Pejabat lawyer rumah i

Bunga kat lawyer firm ni punyalah berwarna warni....


 Ni lah docs yang we alls kena sign tu...