Ahad, Julai 31
Misi shopping di Metrojaya berjaya
Barang barang yang dibeli di Metrojaya BB Plaza hasil kemenangan di Anmum
Corelle bercorak Dancing Floral
Hari Sabtu, me, hubby dan Dania pergi BB Plaza di KL. Highway Sg Besi tu singgah makan kat McD. Tujuan nak ke KL sebab nak singgah Metrojaya nak membeli belah dengan voucher yang kami dapat dari facebook contest from Anmum. Sangat puas hati ok sebab dengan voucher RM1,300 kami dapat lebih lagi iaitu tambahan promotional voucher RM200 dari Metrojaya sebab melebihi pembelian RM1,000. Puas hati kan? Voucher yang i dapat RM1,300 tapi total dapat voucher RM1,500.
Barang2 i yang rembat dari voucher tu ialah
1. Corelle Dancing Floral 16 pcs set - Hadiah percuma Pyrex 3 pcs.
2. Barbeque Grill set harga asal RM369, dapat potongan 70% jadi harganya RM110 je. I rasa sangat berbaloi. Boleh bakar ikan bulan puasa ni. Hehehe.
3. Tefal juice maker - Hadiah percuma wok dari Tefal jugak dan voucher McD RM30.
4. Strawberry shortcake toy untuk Dania.
Disebabkan pembelian lebih dari RM1,000 jadi kami dapat promotional voucher sebanyak RM200. Rezeki sungguh. Jadi hubby membeli sepasang sneakers dari Kickers. Nak bawak balik plastik2 berat tu pun satu hal.....Masih ada RM105 voucher tak guna lagi. Lepas tu singgah KL Convention Center pulak sebab Mr Hubby nak singgah pameran Lifestyle IT pulak. On the way back makan dekat Vicchuda Bandar Sunway.
Sabtu, Julai 30
Panas Panas Panas post i di facebook
I ada post di facebook pasal bola ni la.
lawan chelsea la, lawan arsenal la, lawan liverpool la....huh menghampakan....tahniah la kawan singapore ku xxxx, xxxx dan xxxx :-)
Lepas tu ada berbalas message dari kawan i orang Malaysia dan kawan i orang Singapura. I rasa mestilah terasa orang Singapura walau permainan bola je pun. Bak kata pepatah, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa kan?. Ada juga di kalangan kawan2 i yang tulis secara emosional di dalam wall facebook pasal kekalahan pasukan Harimau Melaya di tangan Singa. Ada yang tulis Singab***. I rasa perkataan tu tak payah la tulis kat wall. Menunjukkan kebodohan kita je yang tak boleh terima kenyataan. Janganlah terlalu emosional. I tengok pun, pemain Malaysia asyik main kasar je. Penonton Malaysia pulak tujukan laser dekat penjaga gol Singapura, botol mineral dicampak ke dalam padang. Apa punya attitude ni?. Memalukan negara kita je. Masa i tengok rancangan Al Jazeera, ada sorang ni cakap pemain Malaysia ni terlalu emosional masa bermain. Kita mesti kawal emosi kita masa bermain kalau nak bermain dengan cemerlang. Walaubagaimanapun, pujian patut diberikan kepada KFCM dan Safee Sali yang telah bermain dengan cemerlang.
****jaga emosi kita walau di mana sahaja......
Khamis, Julai 28
Adik permaisuri Siti Aishah pun seorang newbie comper
Adik permaisuri Siti Aishah ni adalah my senior masa i Sekolah Menengah Agama dulu. Pernah masuk majalah Keluarga masa Keluarga buat cerita Permaisuri Aishah dulu. Rupanya Kak Siti Suraya ni menjadikan i sumber inspirasi untuk masuk contest. Terharu i. Contest pertama yang dimenangi adalah pemenang saguhati contest Kit Kat Giant. Kak Siti Suraya memenangi hamper Nestle bernilai RM150. Sebenarnya i dulu bermula dengan contest kat radio Mix FM. Pernah memenangi beberapa hadiah dan yang paling best buffet dinner for 2 di Hotel Palace of The Golden Horses. Masa tu baru2 kerja mana mampu nak makan buffet kat hotel mahal.....
Welcome Kak Siti Suraya ke dunia contest. Jom kita menang lagi.....
Rabu, Julai 27
Budak budak zaman sekarang
My hubby dengar ceramah dari ustaz di office. Ustaz tu cerita yang ada sorang orang tua ni menceritakan kepada ustaz ni perihal anak perempuan dia dengan orang muda ni. Orang tua ni tak bagi anak perempuan dia keluar dengan orang muda ni. Maka, pada suatu hari orang muda datang ke rumahnya nak minta izin keluar dengan anaknya tetapi orang tua ni tak bagi. Orang muda tu kata, kalau pakcik tak bagi saya nak keluar jugak dengan anak pakcik. Terus dia tarik tangan anak perempuan orang tua ini.
Kalaulah terjadi kepada diri kita, macamana?. Budak2 muda zaman sekarang (segelintir sahaja) dah makin kurang hormat kepada orang tua.....
****faktor pemakanan yang halal pun diambil kira. Bak kata Dato' Fadzillah Kamsah. Makanan membentuk peribadi kita....
Isnin, Julai 25
BE Maxis Prepaid Grapevine
Alhamdulilah dapat BE yang ke-5 tahun 2011 ni. BE Maxis Prepaid Data Roaming Grapevine. Kalau Grapevine ni, you alls click click code-nya dapat 20 sen per click tau. So rajin2 share code Grapevine ni yer. I tak pernah nampak lagi BE ni bersantai kat blog i.....
BE Mamil Gold ni dah lama earningnya static. Dah beberapa bulan tak bertukar kepada metered earning Bila hantar tiket kat Nuffnang, the alls kata BE ni put on hold. Boleh pulak gitu yer?....Kalau tak bertukar jadi metered earning maknanya tak akan masuk lagi dalam earning keseluruhan.
You alls pernah ke BE put on hold ?
Panggilan yang sangat teruja
Gambar Dania tengah over ketawa sebab tengok Mr Banana aka clown buat magic show masa birthday Dania yang ke 4 tahun.
(L-R : Nur'aeen Hidayah, Dania, Nurul Fitrah Airani)
(L-R : Nur'aeen Hidayah, Dania, Nurul Fitrah Airani)
I ada masuk contest Share The Happiness dalam facebook Cadbury Malaysia. You alls ada yang masuk ke?. Tarikh tutup 17 July 2011. Pada 14 July 2011, masa tu tengahari.. I tengah sibuk depan lappy then dapat call dari Cadbury. Tak tutup lagi tarikh, Cadbury dah mula call. Dia suruh i email receipt, gambar yang i hantar dan gambar barcode Cadbury untuk pengesahan. Gambar i dalam proses pra pemilihan untuk final. Actually gambar yang dipilih ni dah dihantar lama jugak. Kesemuanya i upload dalam 15 ++ gambar. I tak ingat berapa. I hantar nama me and hubby. Tema contest ni adalah Happiest Moment.

Photo taken from Cadbury Malaysia facebook
Ni diantara hadiah yang ditawarkan jika memenangi hadiah utama....pihak Cadbury akan memilih 40 gambar untuk ke final....
****Psttt Psttt ada juga blogger yang dapat call dari Cadbury juga....harap2 ada rezeki i dan blogger itu untuk memenangi hadiah GP or 1 or 2 or 3 or 4. Hadiah2nya yang sangat teruja especially GP to Paris & London.
Ahad, Julai 24
Proton Inspira Print Ads | Anak siapa tu??
Masa on the way nak ke KLIA nak menghantar hubby and MIL, i ada ternampak billboard besar ni. I sangat kenal ibu kepada budak lelaki ni. Nabil ni sama2 jadi model dengan Dania masa Nasi Lemak Kopi O, Wanita Hari Ini dan Majalah Mingguan Wanita. Kesemuanya memperagakan pakaian dari Sarakids.
Nabil ni comel sangat. Muka mix macam mat salleh and sangatlah cheeky.....Dania masa ni 4 atau 5 tahun Pose depan Sri Pentas lepas habis job...
Gambar diambil dari facebook mummy Nabil. Cilok eh Yanti...suka gambar ni....sebab Dania n Nabil saling pegang tangan....
Live untuk Rancangan Nasi Lemak Kopi O dengan Farah Adeeba. I dok depan ni....
****Kenangan terindah dapat peluang begini...
Jumaat, Julai 22
Kata kata indah
Wah blog i dah beberapa hari tak berupdate. Me agak bz sikit sebab MIL datang buat inspection kat rumah i. Hehehe. I tengah dok khusyuk tengok blog i bila MIL tegur kata tak cemuih ke tengok benda tu?. Cemuih tu maknanya boring la. Hehehe. Apa maknanya?. Aiseh tak boleh lari la sebab i blogger jadi sentiasa nak tengok blog je. Hehehe.
Saje nak kongsikan kata2 dari sepupu i kat facebook. I rasa sangat bermakna di hari jumaat ni...
Rabu, Julai 20
Jom layan cerita birthday
Zharif tak sabar nak tengok dapat present apa
Cumil si kenit ini
Cuppies yang cumil
Kek untuk Sofiah dan Adlina
Adlina menangis masa nak potong kek sebab tak nak ummi potong muka princess tu. Padahal birthday ni birthday kakak dia Sofiah. Birthday Adlina nun bulan 4 ritu....
Excited budak kecik ni dapat present. Yang Adlina pegang tu T Shirt i bagi...
Si kecik Adam Musyafi
Pada hari Ahad baru2 ni ada sambutan Hari Jadi anak saudara i Zharif dan Adlina. Buat sekali dengan anak kepada kakak ipar adik i. Since my MIL datang rumah, kami pun bawak sekali ke mum's place. Sambutan meriah sebab budak2 kecik ni bising. Sederhana je buat kat rumah. Tak buat kat luar. Buat sekali tahlil arwah papa i and lead by my hubby.
Sekian cerita birthday anak2 saudara i. Enjoy the picca...
Selasa, Julai 19
Video Pre Wedding Nurul Syuhada & Amir.
I ada nampak video Nurul Syuhada si pengacara Majalah 3 berlesung pipit dengan Amir dekat You Tube. Comelnya couple ni. Nurul Syuhada ni kawin pun i tak tau......tapi sama cantik sama padan keduanya....
You alls dah tengok video ni tak?
Video taken from You tube
****zaman i dulu video kahwin biasa je. Tak macam ni....
Isnin, Julai 18
Sneak Peek photography bersama Aunty Zubye
Minggu lepas, me, hubby dan Dania ada sesi photoshoot dengan photographer kegemaran me Zubye dari Eyes of Grace. I sangat suka gambar2 hasil lensa Eyes of Grace ni sebab gambarnya sangat cantik. Dah beberapa kali juga i ambik Zubye untuk hari jadi Dania. Kali ni photoshoot keluarga pulak. Can't wait for more.....
You alls ada photographer kegemaran ke?
Ahad, Julai 17
Minat
Hantaran adik ipar i untuk adik i
Kek tu tempah kat lecturer di PJ

Sirih Junjung tempah kat Kompleks PKNS
Bakul ni untuk hantaran jiran dekat rumah mama i
Bear tu kaki dah patah sebelah jadi i patahkan sebelah lagi untuk dimasukkan ke dalam bakul ni dengan cookies tema wedding
I memang suka menghias untuk hantaran. Hantaran yang i pernah buat, hantaran untuk kawan i (i buat sebelah pihak lelaki dan perempuan sekali), adik dan jiran kat depan rumah my mum. Mungkin juga i mewarisi seni ni dari mama i. Mama i kalau bab menggubah bunga memang cukup terer. I bab gubah bunga memang fail la. Bab hantaran pula, hantaran i, i buat sendiri je.
Macam hantaran adik ipar i ni. Family orang Sarawak jadinya takkan nak mengusung hantaran naik flight kan jadi i tawarkan menghias hantaran adik ipar i tu. Dia bagi duit then i beli la bahan2 untuk menghias. Malam sebelum nak bernikah tu, dia ambik la hantaran sume tu.
Hantaran jiran i pulak, mama i nak bagi 1 bakul hantaran jadi i pun cari bakul i yang tak guna lagi dan bear dania yang patah kaki. Bila dah siap hias, i masukkan cookies i tempah dari kawan i tu.
Macam hantaran adik ipar i ni. Family orang Sarawak jadinya takkan nak mengusung hantaran naik flight kan jadi i tawarkan menghias hantaran adik ipar i tu. Dia bagi duit then i beli la bahan2 untuk menghias. Malam sebelum nak bernikah tu, dia ambik la hantaran sume tu.
Hantaran jiran i pulak, mama i nak bagi 1 bakul hantaran jadi i pun cari bakul i yang tak guna lagi dan bear dania yang patah kaki. Bila dah siap hias, i masukkan cookies i tempah dari kawan i tu.
You alls minat apa eh ???
Jumaat, Julai 15
Berjumba di Mid Valley
Ni i mencuba eye lashes dari Shu uemura
Booth Shu Uemura di Center Court Mid Valley
Terjebak juga dengan pembelian kat Member sale JJ
Terserempak dengan Min Litt. Kawan i masa sekolah rendah sehingga menengah
Dari posisi atas
Yee Mee i punya
Dessert Mango ni untuk i. I suka...yummy...
Len cikang semankuk 3 kupang len cikang, len cikang semangkuk 3 kupang len cikang....lalalala...
Entry ni i peram. Berlaku minggu lepas. Masa ni i keluar dengan Ayu Rafikah. Kami pergi Mid Valley. Sambil tunggu Ayu i cuba eye lashes kat Shu Uemura. Kebetulan i nak redeem cleansing oil sebab redeem dari Asus facebook. Hampeh pun tak dapat redeem sebab i tak print attachment. Huh....i try je bulu mata pelsu ni. Aiya...roper kelakar la pulak. Warna pink you alls. Pastu pose manja manja lak tu. Alahai...
I pergi juga member sale JJ. I jumpa Ayu la kat sana. Hamboiiiih...kemain shopping sakan. Aleh aleh i pon shopping juga. Seluar kerja hubby tersayang. Tetiba teringat pulak. Hahaha....Terserempak dengan schoolmate i dulu. Ingat lagi i nama penuhnya. Dia pun cam i, Hehehe. Pastu Ayu ajak lunch. Ayu belanja i dessert dan air. Ikutkan nak belanja lunch tapi i dah beli dulu. Lapar gila you alls. Tu yang takpelah i beli dulu.
Khamis, Julai 14
Apakah itu Bucida?
Bucida berwarna hijau
hasil photo dari camera biasa.....:-)
Bucida berwarna putih
Taken from : Google
Bucida ni sejenis pokok la you alls. I sekarang ni dok admire kat pokok ni. I rasa sangat unik pokok ni sebab daun daun ada layer. Cuba tengok gambar tu, daunnya bertingkat. I selalu ralit tengok pokok ni kalau ada kat tepi jalan. Selalunya ditanam di taman taman. Berbanding warna hijau, i lebih suka daun yang berwarna putih sebab nampak lain dari yang berwarna hijau. Siap tanya kat nursery lagi. Kalau yang besar dia jual dalam RM500-RM900. Kalau yang kecik dalam RM28. Pokok Bucida yang berdaun putih tu dikacuk dengan daun hijau. Kalau dilihat daunnya itu sekeliling berwarna putih manakala di tengahnya berwarna hijau. Menurut kata owner nursery tu, pokok Bucida ini diimport dari Taiwan. Ingat macam nak tanam samada dalam rumah atau luar rumah je. Mampu yang RM28 tu. Ehmmm...jenuh la nak tunggu besar dengan jayanya.....
You alls perasan tak pokok ni?
Celebrity?
Antara banyak2 center kat Sekolah Dania di dalam Kompleks 3C tu, ada satu tu Noraniza Idris punya tapi i tak pernah pun nampak Noraniza Idris sepanjang i kat sini. Menurut kata staff cafe situ, Kak Ani ni selalu juga lepak kat cafe ni tapi sekarang tak pernah nampak dah. Agaknya tempat ini tempat Kak Ani buat latihan menari.
Ada sesiapa yang minat Kak Ani??? I tak minat pun tapi kalau terjumpa leh ajak bergambar.....
Rabu, Julai 13
Renungan
KISAH 1
Semalam i menonton Expose Mistik kat Astro Oasis. Ada seorang ustaz tu sedang mengubat penyakit sampuk. Ada entiti lain dalam badan pesakit. Lepas tu pesakit tu cakap ada 5 ekor kat dalam badan dia. Eiii ngeri i dengar. Dah tentu yang cakap tu bukan pesakit tu kan. Pas tu menangis nangis kata sakit. Bila ustaz tanya umur entiti dalam badan pesakit tu, dia kata dah berumur 2,000 tahun you alls...tuanya. Bagi kita mungkin tua, tapi bagi entiti di dalam badan pesakit tu 2,000 tahun mungkin muda remaja.
KISAH 2
Hubby i ada mendengar ceramah seorang ustaz. Kisah ni berlaku di tanah suci. Rupanya ada makhluk yang menumpang badan seseorang dari tanahair lagi. Bila di tanah suci, ustaz ni berubatlah pesakit ni. Yang menumpang badan pesakit ni adalah jin betina. Ustaz ada merakam cara jin tu mengilai tapi ustaz tu tak perdengarkan dekat mereka yang mendengar ceramah tapi ustaz tu kata sangat menyeramkan. Akhirnya setelah sessi mengubat dan dialog diantara ustaz itu dan jin, akhirnya jin betina tu mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama islam. Bukankah di kalangan jin pun ada jin islam dan bukan islam kan.... Ustaz tu menamakan jin betina ni Aishah. Ustaz tu kata kalau jumpa kat mana2 tegurlah. Errr kalau jin tu tegur bagaimanalah agaknya yer? Seram tu....Alkisahnya Aishah ada masuk dalam mimpi dan mengatakan dia telah pun menunaikan haji.Makhluk selain manusia pun beribadat kepada Allah.
Hubby i ada mendengar ceramah seorang ustaz. Kisah ni berlaku di tanah suci. Rupanya ada makhluk yang menumpang badan seseorang dari tanahair lagi. Bila di tanah suci, ustaz ni berubatlah pesakit ni. Yang menumpang badan pesakit ni adalah jin betina. Ustaz ada merakam cara jin tu mengilai tapi ustaz tu tak perdengarkan dekat mereka yang mendengar ceramah tapi ustaz tu kata sangat menyeramkan. Akhirnya setelah sessi mengubat dan dialog diantara ustaz itu dan jin, akhirnya jin betina tu mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama islam. Bukankah di kalangan jin pun ada jin islam dan bukan islam kan.... Ustaz tu menamakan jin betina ni Aishah. Ustaz tu kata kalau jumpa kat mana2 tegurlah. Errr kalau jin tu tegur bagaimanalah agaknya yer? Seram tu....Alkisahnya Aishah ada masuk dalam mimpi dan mengatakan dia telah pun menunaikan haji.Makhluk selain manusia pun beribadat kepada Allah.
Sejahat jahat manusia, sebaik baik jin.Maknanya jin ni bukannya baik. Dia baik macam manusia yang jahat. So macamana tu??
KISAH 3
Ada kawan i bagitau i yang dia sangat down sekarang ni. I tanya kenapa? Rupanya ibunya telah terkena buatan orang. Terkena ilmu sihir yang pada mulanya hendak kenakan ayah kawan i tu tapi terkena ibu kawan i. Ya allah kenapalah tergamak orang nak melakukan perbuatan syirik ni?.....Masih ada manusia yang tak boleh berfikir secara waras. Sekarang ni ilmu tu dah memberi kesan fizikal kepada ibu kawan i tu. Ibu kawan i tu seolah olah mengalami penyakit kanser payudara. Kawan i kata, benda yang mengacau tu dah makan dalam. Simpati i kepada kawan i itu. Perkara ni dah berlaku selama 10 tahun you alls. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kat dunia ni bolehlah nak buat orang, kat akhirat nanti terimalah pembalasan di atas perbuatan ini. Insaflah wahai insan....
****entry hanya cerita tanpa gambar
Selasa, Julai 12
BabyGrand Hotel - Greece
Bilik dengan lukisan Spiderman
Print screen taken from BabyGrand Hotel's web
Web Hotel BabyGrand yang sangat comel. Siap ada Smurfs melompat lagi
Print screen taken from BabyGrand Hotel's web
Masa i menonton Discovery Channel, tertarik dengan paparan mengenai Hotel BabyGrand yang terletak di Greece. Apa yang menarik tentang hotel ini, setiap bilik mempunyai lukisan kartun di dinding seperti Smurfs, Spiderman dan lain lain lagi. I rasa jarang hotel mempunyai lukisan kartun kanak2 di dinding. Inilah keistimewaan hotel ini. Agaknya orang dewasa pun teruja dengan kartun ini. Agak agak boleh pilih bilik kartun mana nak duduk ke?.....i nak duduk kat bilik Smurfs. Hehehe....Sesape yang plan nak ke Greece tu bolehlah menginap kat sini....:-)
Faham kah anda?
Selain orang Malaysia, blog kita juga dikunjungi oleh mereka di seluruh dunia. I came across komen dari seorang Indonesia tetapi maksudnya i tak faham....ada perkataan jabon pula tu. Kalau jabon i tak pernah dengar. Jebon pernahlah. Dalam citer P Ramlee Do Re Mi...hehehehe...
Isnin, Julai 11
Terjebak dengan pembelian kat Fareeda pulak
Selendang Suraiya manik
Photo dari Facebook Fareeda Nyata Jelita
Baju kurung cotton dengan sepasang tudung berwarna baby blue....alahai terjatuh chenta dengan corak inggeris ni. Terus ambik satu...
Tudung Chiffon Dania dengan potongan 50% kesemuanya. Memang Tudung ni nama Dania. Dibeli untuk Dania....
I sebenarnya nak ke Bangi nak mengambil poslaju i kat Pos Bangi tiba2 teringat i ada 3 kupon pembelian 50% tudung Fareeda kids untuk dibeli jadinya i cakap ngan Dania nak pergi Fareeda. Apa lagi happy lah Dania.
Masa kat Fareeda, i beli 1 helai baju kurung Dania siap tudung warna baby blue. Sangat sweet. Tudung Dania 4 helai kesemuanya dan Selendang Suraiya manik. Actually, Selendang Suraiya ni they all nak keluarkan pada 30 Julai 2011. Kebetulan i tanya. Ada few colours je yang dah siap dijahit manik. Kira fresh from Fareeda lagi sebab Selendang Suraiya i tak siap jahit tepi lagi. Akhirnya i beli 2 Selendang Suraiya Fareeda warna hitam dan dark purple sebab bagi i sangat cantik dan yang penting labuh sebab kalau beli yang tak labuh, tak lepas specs hubby i....hehehe...hubby i very particular bab bab tudung yang labuh menutupi dada....i pun dapat potongan 30% so tak payah tunggu 30 Julai 2011.
****so dengan senang hati masa bulan puasa duduk rumah kerana keperluan raya semua dah settle. Alhamdulilah. Penat wehhh nak kuar bulan puasa....tambah kalau jam kat KL tu ha....wahhh tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan bulan keberkatan...selamat beramal!!
Ahad, Julai 10
Kedatangan bonda mertua...
Tak banyak perabot kat sini. Cuma ada meja solek dan almari pakaian
Katil queen
Set bilik tidur ni baru beli kebetulan ada diskaun besar besaran kat kedai perabot depan Avilla Apartment i kat Puchong. Set bilik tidur ni berharga lebih kurang RM599. Ini termasuk tilam, meja solek, almari baju 2 pintu. Disebabkan i beli tilam, katil ni free ajer. Kalau set bilik tidur katil single warna putih, meja solek dan almari baju cuma RM399 tau. They all nak perabihkan stok gamaknya.....giler murah. Hubby beli ni sempena kedatangan bonda mertua tercinta. Hubby kata terus beli set ni sebab kalau beli tilam, dapat sekali ngan katil size queen ni. Actually katil ni free jer. Kalau orang datang tidur, at least dah ada katil queen. I ingat dulu dulu masa i kahwin, set bilik tidur kurang2 RM1,000+++ ke atas. Now dah murah ye?... Selimut dan sarung bantal tu dari Ikea. Cadar hijau lembut tu dari Jusco. Wall to wall carpet tu saje pilih warna earth tone so senang nak matching dengan warna perabot dan cadar. Wall to wall carpet tu, kalau kena gaya lagi murah dari carpet. Konsep minimalis yang berwarna tanah membuatkan bilik tu tampak selesa. Chewaahhh macam ayat mags deco jer...hehehehe....
Sabtu, Julai 9
Anmum Salutes Dad Facebook winning
Entry i yang memenangi Anmum Salutes Dad pada 21 Jun 2011
Print screen from Anmum facebook page
Hadiah yang i dapat
Print screen from Anmum facebook page
My winning photo
diambil di Taman Tasik Perdana masa Father's Day. Bersungguh tak my Dania makan ice cream roti?...
gambar plastik air tu i crop. Buat semak gambar je...dan yang nyata bukan kami punya...
Kebetulan i dah tunggu malam tadi lagi Anmum announce winner. Tak juga keluar. Akhirnya kebetulan masa i keluar, i tak bawak handphone. Bila balik dah pukul 2pm. Bila i tengok phone i ada 10 missed call. salah satu dari Mira dan message dari Suzi dan Ayu. I check fb Anmum, alhamdulilah i menang contest ni. Contest ni kat facebook. Takde voting voting ni cuma upload gambar dan lengkapkan slogan He is my pillar of strength because....sempena Father's Day. Kebetulan gambar yang i upload tu pun diambil on Father's Day. Ada 10 pemenang di mana 1 pemenang dipilih setiap hari mulai dari 15 - 24 June 2011.
I dapat idea nak tulis slogan ni masa tengok movie apa tah....lupa nama...kebetulan dalam movie tu i dengar actress pompuan tu cakap you are butter to my bread and breath to my life, terus i add dalam slogan. Hehehe...lepas tu idea captain of the ship tu sebab i dok teringin nak pergi Disney Junior punya event yang i tak menang contest tu....(itu pun nasib baik Ayu bagi invitation card dia...). Kan dia punya theme Captain Jake naik pirate ship...terus gabung gabung sume jadilah slogan tu...hehehe....Masa i menang Johnson & Johnson Mandi Susu pun i dapat ilham masa tengok Playhouse Disney citer Super Sleuth. Wah bagus sungguh Playhouse Disney ni bagi ilham kat i nak reka cerita dan slogan...
Takde apa lagi ucapan selain syukur di atas kurniaanNYA. Alhamdulilah.