Dania menerima hadiah kedua tertinggi facebook
Photo taken from : Fareeda Facebook
Barisan pemenang dan finalist bergambar kenangan. Aleesya sorang jer takde
Photo taken from : Fareeda Facebook
Dania tengah pose duduk ni
Photo taken from : Fareeda Facebook
This is my favourite photo of my lil princess
Taken from : Khai Mohd Photography (Gambar yang cantik ni dipotret oleh hubby Ayu)
Upacara bergambar dengan barisan finalist dan para pemenang
Hadiah kedua kategori undian tertinggi facebook jatuh kepada.....
Dania Yasmine
Peserta catwalk finalist yang memakai No.6, No. 7 dan No. 8
Peserta catwalk Finalist yang memakai No. 1-5
Barisan Finalist ada 8 orang kesemuanya. Majoriti kenit2 je ni
Aleesya, Dania dan...........(i tak ingat nama)Selepas pengumuman dibuat, alhamdulilah Dania memenangi hadiah kedua tertinggi facebook dan automatik terus mendapat tempat ke final. Alhamdulilah....
Hadiah pertama kategori tertinggi facebook jatuh pada Aleesya. Ya allah....masa i tengok Aleesya catwalk punyerlah i cam nak bersorak. Sangat2 lemah gemalai ok. Orang yang tunggu kat tangga stage siap pegang tangan Aleesya sebab takut terjatuh. Alahai....
Lagi 6 kanak2 dipilih oleh juri untuk ke final. Macam2 gaya ada. Gaya rocker ada, gaya princess ada, gaya seorang ratu ada, gaya sopan santun perempuan melayu terakhir ada, gaya cute2 ada...wahhhh macam2 ada. Comel sangat....tambahan warna tudung fareeda for kids yang ceria....
Setelah keputusan diumumkan, adik Aidinas menjadi juara kategori kanak2 dan adik Iman di tempat kedua. Aleesya pula tempat pertama kategori facebook dan Dania Yasmine tempat kedua kategori facebook.
Tahniah kepada semua pemenang.....
Lepas tu Dania mintak main kat playland. Masa ni i tinggalkan Dania kat sini sementara me and hubby minum kat Pelita. Masa ni i ternampak Pn. Faridah owner Fareeda dan minta ambil gambar bersama. Sempat perli tu anak pakai tudung Fareeda, mak pakai tudung lain. Hehehehe...i pakai Ariani masa tu. Sah2 ada tulis Ariani kat tudung. Terus i kata tudung Fareeda ada kat rumah. Tukang ambik gambar i dan Puan Faridah, pereka penjenamaan Fareeda untuk final musim ke 2 yang sebelum tu i kata anak Puan Faridah ke?....hehehe i terlupa gambar mamat ni terpampang kat facebook Fareeda. Puan Faridah pun kata duit nanti kami call ya. Memang nanti Dania akan dapat duit hasil menang tempat kedua undian tertinggi ni.
Masa nak balik sempat snap gambar dengan Ayu.
****tahniah kepada anak ummi kerana berani pose di atas pentas. Ini merupakan pengalaman keempat Dania beraksi selepas Barbie Pink 50th Party, Barbie Fashionista, Dutch Lady Hoopla Stars.