L-R : My brother Aizat, Mr Hubby, My BIL Rozlano, My BIL Syamsyeer Adik ipar semuanya lagi tua pada i...hehehe...terasa muda...
Sempat menjamu selera selepas bacaan yassin dan solat hajat
L-R : Anak saudara i Sofiah, Dania dan Ummi Sofiah, Erma
L-R : My sis Elza, Mama dan RaudhahKami sempat mengadakan majlis bacaan yassin pada malam jumaat 20 Jan 2011 untuk kesejahteraan dan kesihatan papa tersayang kat masjid. Pada 23 Jan 2011, me, hubby dan dania ada melawat papa di hospital. Masa tu keadaan papa stabil tapi papa dah tak berdaya untuk mengangkat tangan dan kaki. Rambut dah siap dipotong. I sempat la bisik kat telinga papa
ena datang ni
ena sayang papa
kesian papa
Papa
Papa dah tak berdaya
Papa tiada reaksi sebab tak berdaya cuma i nampak airmata cam mengalir kat mata. Mungkin respon kepada apa yang i ucapkan...24 Jan 2011, disebabkan selsema tak baik2 lagi dekat seminggu, i pun makan ubat selsema. Dr dah warning kata mengantuk. Since i takde plan nak kemana, i pun telan la sebiji. dalam kol 10am-11am, i dapat call dari adik i sebab pihak hospital call adik i kata papa kritikal dan tak dapat detect degupan jantung. I kata i tak dapat nak drive kesana since i mengantuk disebabkan ubat selsema yang i makan. Tertidur sampai pukul 2pm. Bila terbangun tidur I fikir kalau dah 2pm nak rush ke KL dengan jam dan nak ambik Dania pukul 4pm, i takut tak sempat. Jam kat KL tak boleh jangka. Takut ada kemalangan ke...lagi la teruk jam yang dah memang teruk. I plan pulak lepas ambik Dania nak rush ke Hospital. On the way to school Dania, my sis call kata papa dah takde degupan jantung. Dr nak bagi 5 minit je nak tengok reaksi papa dengan ubat. Masa tu dah seriau i mendengar. Automatik rasa macam dada i panas semacam. Tak lama lepas tu my sis call kata papa dah takde......masa dengar tu i tak nangis lagi. Bila dah letak telefon baru i menangis. Sempat tu call hubby dengan tak pakai handsfree nyer...Tiba sekolah Dania i hantar message dan sempat call saudara untuk inform. I juga sempat call Ayu dan Suzz kat UK nun....
Papa i meninggal pada jam 3.45pm, 24 Jan 2011. Balik rumah terus post dekat fb status papa.
Kelam kabut juga i ditugaskan untuk ke masjid Damansara untuk memberitahu imam masjid untuk solat jenazah. Kebetulan Mr hubby terus ke hospital dan offer nak deal dengan masjid since my hubby naik motor jadinyer tak la stuck dalam traffic jam. My BIL Sam, adik i Aizat, mama, Raudhah, Eja, Ema uruskan di hospital.
Kebetulan Aizat cakap papa minta kebumi kat Bukit Kiara. Terus my neighbour yang juga geng papa i, make a phone call to Datuk mana i'm not sure. Bersungguh my neighbour, Uncle Khalid uruskan. Dulu kat Intrakota. Thanks uncle. Bukan nak katalah...agak susah jugak nak kebumi kat Bukit Kiara since alamat papa i kat Petaling Jaya. Kalau ikutkan alamat, kebumi dekat Kota Damansara. I prefer Bukit Kiara since very convenient dan tanah perkuburan yang tak menakutkan unlike others yang selalunya nampak suram, menyeramkan, gelap. Keadaan sini memang terjaga.
My hubby kata pihak masjid pula nak betul2 sure nak sembahyang jenazah kat sana since Masjid Taman Tun yang akan uruskan jenazah yang ditanam di Bukit Kiara. Akhirnya pihak masjid menerima untuk disolatkan di sana.
You alls hujan sangat lebatnya di kawasan rumah i. Kat KL pun BIL i Sam pun kata sangat lebat. Papa siap dimandikan dan dikafankan di Hospital dan dibantu pegawai JAWI. Untuk pengetahuan you alls pegawai JAWI ni hanya akan mandikan jenazah yang tidak dituntut keluarga. Dalam kes papa i, pegawai JAWI tu assist dalam urusan memandikan papa dibantu oleh BIL Sam dan adik i Aizat. Kemudian disembahyangkan. I suspect mesti jam since hujan lebat. Lebat sangat2 you alls. I risau je tanah perkuburan basah dan air bertakung. Bila tiba masjid, jenazah papa pun baru sahaja tiba. BIL kata jam tapi traffic bergerak sangat smooth. BIL yang ikut kereta jenazah.
Bila i tiba, kereta jenazah pun tiba. Kereta bersusun kat masjid. Bila i tiba, mama dah ada. Saudara mara yang jarang nampak pun datang melawat. I solat Maghrib dulu. Tunggu kejap, my friend Shazmeen datang. Saudara mara tak putus2 datang peluk ucap takziah. Termasuk aunty Aishah kawan mama dan orang kuat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Hasmah Abdullah. Very down to earth person sebab Aunty Hasmah (That is what i called her) datang as my mom's friend. Bahasakan diri pun Aunty. My mum dulu masa kerja LHDN, memang click dengan aunty Aishah dan Aunty Hasmah. Selesai solat Isya', kami solat jenazah dan selepas itu, keluarga terdekat dapat cium papa buat kali terakhir. Papa macam tidur jer. Sangat sejuk.
Bila kami tiba di Bukit Kiara, hujan pun berhenti. Alhamdulilah liang lahad papa kering takde air walau hujan turun lebat ya amat. Itu yang paling i risau. Liang lahad penuh air, orang tak ramai sebab stuck in a traffic jam. Papa selamat dimasukkan ke dalam liang lahad dengan dibantu Mr hubby, Sam dan adik i Aizat. Bersyukur ramai sangat sanak saudara dan rakan2 papa, jiran turun Bukit Kiara ni. Ada yang i tak kenal. I dengar dengan khusyuk bacaan talkin. Menyeramkan you alls. Kaki i terasa panas semacam je. Ucapan yang i dengar....
Wahai Ahmad Khalili bin Saripah janganlah engkau gentar jika ditanya oleh kedua malaikat. Sesungguhnya mereka juga makhluk allah.
Adakah i telah bersedia?.....Ya allah betapa kerdilnya hambamu ini.....
Allah maha berkuasa......, badan papa i nampak berisi dan bukannya kurus seperti papa i sakit sebelumnya. Nampak sebijik macam papa i sebelum sakit. Adik i, Aizat yang mandikan papa i pun cakap macam tu. Sebelum ni, I sangat sedih tengok kaki papa yang tinggal tulang je kerana papa i hanya minum susu yang disalurkan ke dalam hidung.
Perjalanan papa i ke alam sana, ramai yang menghulurkan bantuan along the way. Adakah perjalanan i juga dipermudahkan Allah?....
Untuk pengetahuan semua, papa i jatuh sakit 2 minggu semasa umat Islam berpuasa pada tahun lepas 2010 dan terus hospital menjadi rumah pertama papa i semenjak itu sehinggalah Allah meminjamkan papa i untuk kami sekeluarga sehingga 24 Januari 2011 jam 3.45 petang. Ikutkan papa dibenarkan keluar hospital kerana dah stabil tetapi hari papa nak dijemput ke rumah pada Jumaat 14 Jan 2011, pada malam yang sama papa mengalami paru2 berair dan low blood pressure. Kita yang merancang, Allah yang menentukan.
Tamatnyer perjalanan hidup papa i, Ahmad Khalili di dunia ini.....i, Ezna binti Ahmad Khalili akan meneruskan kehidupan di muka bumi ini sehingga dijemput oleh penciptaNYA. Harapan Ena di saat ini semoga papa berbahagia di sana hendaknya. Ena sangat berharap dapat cium pipi papa di syurga yang abadi.....untuk itu, Ena kena berusaha....
Ena redhakan papa pergi....

Papa i disemadikan di sini
Lot kubur papa****Entry panjang yang agak emo ini hanyalah untuk i simpan kenangan2 papa i dan bukan untuk tujuan lain.....