Thursday, October 28

Sekolah Rendah Islam Pintar Al Amin

Banner Sekolah Rendah Islam Pintar Al Amin

Pintu utama masuk ke kelas

Actually, i agak fenin lalat jugak mengenangkan sekolah mana yang bakal Dania masuk next year. Kebetulan hari ini, i kena settle bayar bil2 di bank2. Itulah kerja i bila tiba akhir bulan. Hubby bagi duit untuk bayar bil, selebihnya i punyer. Yeah!!! boleh top up dari allowance yang i dapat juga. He he. Dalam fenin fenin lalat ni, tiba2 i terfikir nak pergi survey sekolah ni di bandar sunway. Mungkin juga hajat i dipermudahkan oleh Allah. i berjumpa dengan bahagian admin dan menanya itu ini. Harap adik bahagian admin tu tak boring la dengar pertanyaan akak ini. Hehe. Mana taknye tak habis jawab No.1 dah tanya soalan No.2. Hehehe....terus i setuju untuk bayar pendahuluan eventhough i bayar sikit je and i akan bayar full pada bulan 12 nanti. ok ok back to this school pulak, sekolah ni sekolah rendah integrasi yang diberi nama sekolah rendah islam pintar al amin. Pakaian macam sekolah biasa tetapi yang membezakan cuma kasut warna hitam dan tudung berwarna putih.

Pembelajaran pula, on top of syllabus KBSR sekolah kerajaan, ada juga tambahan syllabus agama seperti Al Quran/Tajwid/Hafazan, Tauhid dan Feqah, Sirah dan Akhlak, Jawi/Imlak/Khat plus pembelajaran I.T. dan masa Primary 6, kena ambik peperiksaan UPSR dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (kalau tak silap i la). I dah siap tanya, manalah tahu nak tukar ke sekolah biasa kemudian hari, tak jadi masalah. Kita boleh apply sekolah menengah biasa. Ada few students pun berjaya permohonannya. Ni semua hajat ayah Dania. I merealisasikan je. Dania actually dah dapat sekolah di Bukit Jalil. Ehmmm kena hantar surat pembatalan pula kat sekolah sana. My friend pun bakal menghantar anaknya ke sekolah rendah agama swasta hira' shah alam tahun depan jadi kami share benda yang sama la. Boleh la bertukar fikiran.

I rasa tepuk dada tanya selera tentang impian kita. Bagaimana kita nak bentuk anak kita. Ada juga yang tanya i tentang tak tension ke anak i nanti banyak pelajaran compare dengan sekolah rendah biasa. Semua ni berbalik kepada impian kita.....apa yang kita inginkan?. Sekolah rendah biasa pun bagus cuma yang membezakan sekolah biasa dan sekolah ini adalah tambahan subjek agama, perhimpunan pagi dimulai dengan bacaan yassin, solat berjemaah dan maksimum murid di kelas adalah 24 orang. Manakala solat jumaat untuk pelajar lelaki pula di masjid. Pengasas sekolah ini adalah bapa kepada pendakwah ustaz jazlan abdullah. Ustaz Jazlan pula selaku director di sini.

Walaupun sekolah agama atau sekolah biasa atau sekolah cina sekalipun tetapi kita sebagai ibu bapa pasti nakkan yang terbaik untuk anak. Ye tak??...

Harapan i supaya Dania menjadi anak yang baik, solehah dan menjadi penyejuk mata ummi dan ayah seiring dengan nama Dania Yasmine. Dania - hampir, Yasmine - bunga melur. Bila tulis N3 ni terasa Dania dah besar dah. Kejap je anak ummi dah nak masuk Primary 1. Sebak pun ada. 24 jam sentiasa di sisi pastu bila dania besar tinggal ummi dan ayah je kat rumah. Dunia macam tu lah kan.....Tahun depan bz lah i menghantar Dania ke sekolah rendah 7.45am kemudian ambil pula pukul 4.15pm. Nampak macam lama kan??...they all ada 2 rehat. Minum pagi dan makan tengahari. In between aktiviti ummi la yer......he he.

16 comments:

  1. @Mama Zharfan

    sebenarnya i pun confuse jugak suzz...kebanyakkan my friend hantar sekolah biasa. i nak refer pun x tau kat sape. my friend sorang ni pun baru macam i nak hantar. Cuma dia boleh share kat i kakak dier hantar sekolah macam ni. Ok dan xder masalah. i give it a try la suzz....:-)

    ReplyDelete
  2. Impian your husband is perfect. Teruskan lah niat suami Ena hantar Dania (bukan Diana..heeh) ke sekolah itu.

    Ya Allah kalau Ja tak kerja, konpem Ja akan htr anak2 Ja ke situ. Mahal tak Ena?? Tak kisahlah pasal duit Ena.. pendidikan agama tu penting.

    Next year my plan.. nak htr Ryan ke Genius Aulad. Then 6 yrs Ja nak dia ke Genius Aulad dan jugga sekolah agama sessi petang. Depa bleh accept bdk djh 1.

    Keep in touch Ena.. lagi 15-20 tahun ke Ja htr rombongan meminang yer bg pihak anak Ja. Firman la kot ekk.. :P :P...

    ReplyDelete
  3. bagus pilihan tu..tak ramai ibu bapa berfikiran gini...seharus nya sekolah yg berlandaskan agama plg sesuai bt anak2 zaman skrg ni...

    ReplyDelete
  4. @ja

    Alahai Ja dear, ena kat blog Ja letak komen....hehehe :-) tengok2 ja plak letak komen kat blog ena. Ummi nyer ni le kena jadi supir. Jap hantar, jap ambik.....hehehe :-)

    Pecahan fees :
    Pendaftaran : RM300
    Tahunan : RM300
    Bulan2 : RM270

    Ena rasa berpatutan le. Tahunan tu dah termasuk makan pagi dan tengahari, ihtifal, sukan, hari terbuka, lawatan sambil belajar, qiamullail dan sambutan kebesaran islam dan lain2.

    Unlike At Tamimi International Islamic School di USJ, fees keseluruhan RM6,000 ++, Pembayaran masa baru nak daftar dalam RM2,000+++ ikut kurikulum Majlis Agama Islam Singapura.....

    ReplyDelete
  5. @Fieza79

    Kanak2 ni kena diterapkan dengan agama islam sejak kecik lagi:-)

    ReplyDelete
  6. hi..salam ziarah...good info..i pn tgh survey pre-school yg islamic ..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ummi Dania Yasmine...

    Berapa yea yuran sekolah ni? Boleh tak Puan bagi contact number sekali.

    Terima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  8. @Unknown Yuran sekolah ni bulanan RM290. :-)

    ReplyDelete
  9. @Unknown no telefon sekolah rendah islam pintar al amin ialah 0356362656

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Macam mana feedback tentang sekolah ni ya? Sebab plan untuk hantar my son next year. Thank you.

    ReplyDelete
  11. hai ezna... salam perkenalan.. anak i pon sek ren islam al-amin di kuala lumpur.. i tot sama tp berbeza sedikit rupanya sek anak kita.. but, its true... [arents hanya mahu yg terbaik utk anak3 dan terpulang kpd kemampuan dan corak parents :) feel free to visit my blog ye. :)

    ReplyDelete
  12. asmkm... boleh cerita sikit regarding this school...so far macammana dgn anak u sekolah sana...tq

    ReplyDelete
  13. Tahun 2015 yuran dah naik gst nilai rm turun macam2 hal lagi. Kos dah meningkat RM350 sebulan sekarang. pendftran dibuka bln 9 sblm sesi persekolahan tahun seterusnya..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian. Fee 2015 da naik rm350 sebulan. Extend utk Iqra add kn rm60

    ReplyDelete
  15. salam.. boleh kongsi tak pengalaman hantar anak ke sek. ni.. sbb ingat tahun 2017 nak hantar anak kesini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails