Minggu ni kami tak lah boleh ke mana mana ikut sukati kerana SIL, BIL dan anak2 saudara nak datang rumah. Mereka datang untuk menghantar anak saudara i ke salah sebuah Kolej di Bangi. Jadi pada pukul 9.00 malam bertolak ke Bangi untuk escort mereka ke rumah kami di Puchong. Sesat jugak la. Akhirnyer i call my friend yang tinggal di Bangi untuk bagi direction. Bila dah jumpa mereka, sempat kami singgah makan di Bandar Baru Bangi kat Ani Sup. Wah makan besar malam tu hubby belanja.
The next morning, SIL nak beli beberapa helai long sleeves shirt buat anak kesayangan. Kami escort plak ke IOI Mall. Fuhhh penat berjalan kat man section. Kemudian ke supermarket. Dah beli segala macam, kami ke Bandar Puteri pulak nak lunch kat Baser. Famous dengan nasi beriani dan nasi ayam dari Kota Tinggi Johor.
Presenting SIL (Kakak hubby) i depan sekali dengan anak sedara kanan and kiri, hubby baju belang2 yang muda tu and BIL pakai ketayap
Dania dan ayah tengah tengok they all ni main bowling
Cari mangkuk, sudu, garfu dan lain2. Wah i jadi tourist guide ler...
Dania dah penat, mintak ayah dukung.....mengada tewww
Di Baser tengah fikir nak makan apa ye??
Dania tulis kat kad ni....Dania 6, Next Here (Year) 7...alahai.....
Masa makan, orang aircond dah call kata nak datang rumah baru kami. Jadinyer kami set pukul 2.30pm tunggu dekat rumah baru. Bukan aircond je....dengan my friend Siema pun sebab nak ambik hadiah yang dier mintak tolong i ambikkan....
Tengah install aircond kat master bedroom. Dania kata bilik ayah. Bilik ummi sebelah bilik Dania...hee hee hee Dania assume ummi tidur bilik sorang macam Dania jugak...
Sambil install aircond, saudara kami duduk le berlapikkan kalendar bole??
Tengah install aircond, Pintu pagar pulak tiba. Actually patut dah siap pasang hari Jumaat tapi tetiba hari ni baru nak pasang. Jadi tak dijangka la. Sekaligus sekali dengan aircond. Bab menunggu yang buat bosan tu....My contractor datang nak tengok mereka pasang.
Ni our contractor, Mr Soon and my hubby
Nak letak pintu pagar pulak....
I rasa saat ni macam 1 Malaysia pulak sebab kami Malays, our contractor Chinese dan contractor gate Indian....
Malaysia Boleh !!!
Sebelum tu, my friend pulak Siema datang ke rumah baru i ni nak ambik hadiah dia. I tolong ambikkan hadiah Siema ni masa Palmer's tu. Jadi Siema la my 1st friend yang dah datang rumah i. Sorry Siema rumah i kosong lagi....
Pose jap ngan Siema....:-) Siema baru lepas gi ambik hadiah kat Prize Giving Ceremony untuk contest Daisy kalau tak silap
Tak siap pasang pun pintu pagar, kami dah balik rumah Puchong sebab masing exhausted. Balik mandi, solat and rehat. Malam tu lepas Isya' kami ke Bandar Baru Bangi sebab SIL nak hantar barang kat anak saudara i. Kami sempat makan kat Rimba Klasik yang sangat klasik itu.
Rimba Klasik dari arah depan
Lampu di Rimba Klasik
2 anak saudara i. Anak saudara i belah kanan tua setahun dari i
Kerang bakar dan kailan ikan masin. Cicah ni sedap sangat.....
Ikan bawal masak 3 rasa. Semua puji sedap
Kami yang kat tempat gelap tu....ishhh tak pandai la waiter ni ambik gambar...
Dania langsung tak sedar masa kami semua makan kat sini. Penat sangat sayang ummi ni
Hostel anak saudara i. Kami tak boleh jumpa pun sebab minggu orientasi makanyer barang diserahkan kepada Pak Guard
Selepas tu kami ke Shah Alam pulak sebab nak tunjuk jalan kepada SIL i ni jalan ke rumah BIL. Mereka nak transit di sana dulu sebelum keesokkannyer balik menuju ke Kedah. Tiba Shah Alam dah pukul 1.00 pagi....